- Wednesday, October 2, 2013

Kelinik : The Hectic 1


Kelinik atau juga dikenali sebagai qeliniq bermaksud clinic atau klinik. Seorang pelajar perubatan, wajib menjalani tahun klinikal di dalam pengajiannya. Entry kali ini berkisar tentang cerita kehidupan salah seorang daripada sejuta rakan penulis yang bergelar meds student. Gitew. Peringatan : cerita ini tiada kaitan dengan penulis, pembaca, yang hidup atau yang telah tiada. Kalau ada sama pun, buat-buat tak tahu je la ye. 

Dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad,  kecuali untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam. 
Surah al-Anbiya' : 107

Tiba-tiba ja keluar tajuk!!

Apsal tetibe je cakap pasal rahmat Allah ni. Bukan tajuk pasal klinikal life ke??

*S*A*B*A*R*

Semua superhero memerlukan costum ketika bertugas menyelamatkan dunia. En. Spiderman, memakai kostum ala-ala labah-labah yang bermotifkan kegagahan dan kegigihan. Superhero yang bernama spideman juga memilih untuk menggabungkan warna merah dan biru pada kostum beliau. Dengan gabungan warna berani dan padu (baca merah dan biru), En. Spiderman boleh menarik perhatian semua orang yang berada di bandar New York. Manusia-manusia sibuk di bandar New York akan memberi kan perhatian kepada kelibat En. Spideman dalam kadar SERTA-MERTA apabila beliau terbang melintasi bumbung-bumbung menara pencakar langit yang berdiri megah di sana sambil meninggalkan sawang labah-labah, seperti blog yang bersawang ini. Terpaksalah mak cik cleaner membersihkan sawang-sawang tersebut. Kehidupan En. Spideman seharian sangat sibuk. Beliau perlu membantu pihak polis di dalam kerja-kerja mencari dan menangkap semula banduan yang terlepas daripada Penjara Simpang Renggam. Superhero ini juga perlu membantu Anggota Bomba Dan Penyelamat untuk menyelamatkan kucing yang berani naik pokok, tapi tak berani nak turun!!! Pendek kata,  En. Spideman adalah manusia yang sibuk. Fuhh

Terdapat juga superhero yang memihih untuk memakai pakaian dalam di luar. Erm, ala-ala fesyen moden. Konsep inside out katanya. Superhero ini bernamaaaaaaaa.... man of steel, smallville, dan superman! En. Superman memakai pakaian yang bertulis 'S' sebagai tanda pakaian yang dipakai adalah bersaiz 'small'. Eh. Sebagai tanda dirinya yang STRONG. S for strong!! Seperti En. Spiderman, En. Superman juga menjalani hidup yang penuh dengan kesibukan. Di waktu pagi, beliau perlu bangun dan mengambil sarapan pagi yang berat untuk menjaga bentuk tubuhnya yang berketul-ketul itu. Selepas sahaja bersarapan, beliau akan membaca akhbar, sambil menonton television rancangan : berita pagi, untuk melihat dirinya yang dirakam oleh paparazi di dalam misinya : 

La Impossible! 
Sebuah misi di Kutub Utara untuk menyelamatkan beruang kutub. Misi ini dibiayai penuh oleh kerajaan Bersatu Atas Angin.  

Selepas Azan Zohor, En Superman perlu berlegar-legar di ruang udara Seattle untuk menjaga keamanan sejagat. Jika diperlukan, beliau akan terbang merentasi lautan Pasifik, benua Eropah, Asia dan terus ke Australia untuk melawat saudaranya di Sydney. over pulak. Pendek kata, kehidupan En Pemakai Baju "S" adalah sangat sibuk dan ketat dengan aktiviti-aktiviti heroik dan mutant!! Demi keselamatan dunia, beliau sanggup mengurangkan masa bermain game. Terima kasih En. Superman.

Beberapa orang superhero lokal juga perlu disebut. Contohnya Kluang Man, dan rakan-rakannya yang menjelma pada waktu malam sahaja. Ala-ala mendapat sumpahan gitu. Kemudian kita ada Geng Bas Sekolah yang menumpaskan kejahatan yang ada di mana-mana. (betulkan kolar dan tali leher) Paling moden dan terkini, kita ada CICAK MAN!! seorang lelaki cicak yang berani! Hero kita, yang tidaklah terlalu macho seperti Batman, tetapi beliau boleh merayap di atas dinding. Beliau juga tidaklah setegap Wolverine, tapi beliau gagah meninggalkan cinta demi keamanan dan keselamatan kita. Tapi dialah kebanggaan kita. Hero tempatan~ bukti kita juga mampu mencipta watak hero!! ehem. 

Tapi diantara seribu hero yang wujud, seorang hero yag memakai kostum Kot Putih adalah hero yang terbaik. Membawa imej sederhana dan sihat memnyebabkan KotPutih Man disegani ramai. Mula bekerja sebelum matahari terbit 30 September, dan hanya keluar dari tempat bekerja selepas matahari terbenam pada 2 Oktober. Beliau tidak sempat melihat matahari pada 1 Oktober! Supeheroik beliau terserlah apabila Superman, Spiderman, Batman, hatta Cicak Man akan bertemu dengannya sekiranya mereka mempunyai masalah kesihatan!! ohhhh, Hebat betul KotPutih Man. Hebat! Kadang-kadang sarapannya adalah makan malamnya, tidurnya hanya sejam sehari. Anda tahu tak tahap kebangkitan otak sekiranya seorang manusia tidur tidak mencukupi?? Sama seperti orang mabuk memendu kereta! A very hectic life. Fuiyyooo, tapi KotPutih Man tetap berjuang. 

Ada lagi tak Superhero yang tak disebut?? Ada!

Hero yang diiktiraf kuasa tertinggi!

Hero yang menggadaikan nyawanya demi keselamatan ummat sejak 1000 tahun yang lepas

Hero yang pada dirinya Dia turunkan Rahmat buat seluruh alam.

Hero yang dilupakan selalunya.

Dia Hero Aku, Kau Dan Mereka

Muhammad SAW


Dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad,  kecuali untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam. 
Surah al-Anbiya' : 107

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. 
(At-Taubah: 128)

nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

2 comments:

  1. Intro yang sangat panjang. Btw, goodluck untok 'ujian' kelinik. Moga jadi doktor jasad juga rohani pesakit..

    *KotPutih Bukan Dokter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i mean, dokter yang mampu merawat jasad juga rohani manusia. @_@

      Delete