- Monday, July 22, 2013

tittle 2.

Sambungan kepada title 1

Maka Tariq ibn Ziad pun meneruskan kempen membuka Tanah Semenanjung Iberia. Menghancurkan taghut yang bermaharajalela di atas tanah kepunyaana Allah ini.


Makhluk satu : Eh kau tahu tak, pembukaan Semenanjung iberia ni berlaku pada bulan Ramadhan?

Makhluk dua : apa? ya ka? aku tak tahu la. **sambil buat muka bengong dan tiada perasaan

Makhluk satu : kau faham tak ni? Paham tak? Rasa tak, apa aku nak cakap nih!!?? buat muka dek pulak. adeeiii

Makhluk dua : aku tahu la apa kau nak cakap.. Aku tahu!!! "apa la brother ni, memaksa pulak"--> dalam nada berbisik

Makhluk satu : WOI, aku dengar la!. hayooo... tak cukup la setakat tahu je. kena la faham. Tahu kan pakai otak, Faham pulak pakai hati. Dari hati, kefahaman akan meresap dalam badah dan seluruh sell-sell kita akan bergerak ikot kefahaman. kalau tahu je, mati kat situ je la.

Makhluk dua : **menunjukkan minat** Contoh? tak faham lagi la.....  **sambil garu2 janggut**

Makhluk satu : conohnya : semua orang islam tahu bahawa penggunaan hijab ni wajib keatas muslimah. tapi ada dalam kalangan kita yang tak faham. Kalau just tahu je, tahu je la yang tak pakai hijab tu berdosa. Full stop. Kalau yang faham, dia akan rasa bahawa berdosa tu masuk neraka, rambut dibakar. bla bla blaaaaaaaaa... Akhirnya kefahaman dia membawa kepada pemakaian hijab...

Allah pun suruh kita faham tau. Faham guna Hati

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyaitelinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raf: 179

ok ke?

Makhluk dua : oooooooooooohhhhhhhhhhh, sekarang saya faham :)

Sesungguhnya Kempen Membuka Semenanjung Iberia berlaku pada bulan Ramadhan
Kisah Berlaku pada 9 haribulan Hijrah tahun ke 92 hijrah. Tak sampai seratus tahun selepas pembukaan Mekah, Kaki tentera-tentera muslimun telah bergerak, bertebaran keseluruh bumi untuk menyebarkan Kalimah Syahadah al-Haq ini. 

Tahun 92 hijrah menyaksikan Kehebatan dan kegemilangan kita! Satu lagi tanah Allah dibuka. Maka sejarah islam di eropah pun bermula. Kegemilangan kita bermula di sana!

* * *

Petang hening itu dipecahkan dengan bunyi  derap kaki tentera yang bergerak menuju pesisir laut mediternian. Beribu-ribu kapal sedang berlabuh di pantai Maghribi. Setelah berjaya mengaalahkan taghut di Maghribi, dan menegakkan kalimah Tuhan di tanah itu, perjuuangan perlu diteruskan. Dunia perlu tunduk kepada Allah! Tentera ini menuju Sepanyol.

Setibanya di pesisir pantai Sepanyol, Panglima Tariq bin Ziad bersama pembantunya  Musa bin Nusair bergerak bersama tentera, memerangi kekuatan yang sedang menghalang kemaraan kalimah al-Haq ini. Mereka bertempur dengan bala tetera daipada Qouth. Pertempuran mengambil masa 

Pada tarikh ini, setahun sebelumnya setelah Toriq Bin Ziyad berjaya mengalahkan tentera Qouth dalam misi menawan Andalusia 92 H (Portugal & Sepanyol) dari peperangan di tengah laut hinggalah ke persisir pantai seterusnya ke daratan yang memakan masa sehingga 8 hari. Siang dan malam mereka bertempur. Tentera Muslimun tetap dengan solat di sepertiga malam. Menguatkan rohani sementara menunggu untuk syahid pada keesokan harinya. 

Begitulah seterusnya. Di malam hari mereka menangis seperti seorang yang lemah. Mengadu kepada tuhan mereka. Ironinya, di siang hari. Tentera yang menangis inilah yang berperang bak singa lapar yang akan merempuh dan merobek musuhnya. Begitulah seterusnya. selama 8 hari. Akhirnya Allah menganugerahkan kemenangan kepada tentera Muslimun.

Andalucia

bersambung. disertakan gambar2 keindahan andalusia ketika penulis bercuti di negara atas angin itu


La Alhammbra

La Alhambra
Setiap bangunan yang ada menara adalah masjid. Sebelum ditukar menjadi benda lain


Ini dari tuhanku.


1 comment: