Lelaki Lelaki Subuh, nan Bertadarus |
Ramdhan dah sampai, ramadhan dah sampai!!!!
god, kena jaga lisan lah,
Sh*T, tak boleh makan, minum.
Da*n, macam mana aku nak tengok perempuan cantik. Rugi ah!!
* * *
Allah Allah, jangan matikan aku lagi, bagilah aku rasa ramadhan kali ni.
Yea!! pesta ibadah dah tiba!!
Ohoi, masa untuk berubah menjadi lebih baik
Alhamdulillah, raya dah dekat. Eh...
* * *
macam-macam manusia dalam dunia nih. Aku berbeza dari kau. Allah cipta aku lain dari kau. Mungkin aku lagi hensem? *ehehe, atau mungkin kau yang hensem or chantique. Pokoknya kita berbeza. Dan perbezaan kita ini satu rahmat. Kerana nabi khabarkan kepada kita : Variasi itu rahmah. Akhirnya cara kita melayan perbezaan diantara kita lah yang membezakan segalanya. Mungkin kerana perbezaan kitalah, yang mendekatkan kita bersama. Bekerja bersama-sama, mencantumkan perbezaan kita! lalu menghasilkan momentum yang hebat! sehebat-hebatnya.. Tak ada yang terbaik daripadanya.
Hari ini genap ke-11 hari Mak Kiah berpuasa. Di paginya beliau berpuasa. Dan malamnya dihidupkan dengan tadarus, solat tahajud, terawih dan bersedekah. Omaigod. pendek kata : segalanya perfect !! Malang takberbau sekali bagi Mak Kiah, pagi tadi beliau terjumpa dengan jirannya Mak Liza yang tengah sebok menjemur kain di ampaian. Mak Liza juga adalah teman rapat Mak Kiah. Apa lagi, mereka pun menjadilah
Mak Kiah : Eh liza, kau dengar tak Pak Seman nak kahwin lagi satu???? OMAIGOOOODDD
Mak Liza : opkoz la Kiah, aku ni penyebar berita nombor satu negara. Kalah TV3 kau tahu? ngeh-ngeh-ngeh...... kan, dahla si Seman tu dah 77 tahun! Heee, geli lah aku!! goshhh
--___-- <--- :="" aku="" berpuasa..="" berpuasa="" demi="" hati-hati="" innani="" menjaga="" p="" penonton="" saaim="" sedang="" siaran="" sungguh="" tengah="" terputus="" yang="">
--->
Mak Kiah : Eh liza, kau dengar tak Pak Seman nak kahwin lagi satu???? OMAIGOOOODDD
Mak Liza : opkoz la Kiah, aku ni penyebar berita nombor satu negara. Kalah TV3 kau tahu? ngeh-ngeh-ngeh...... kan, dahla si Seman tu dah 77 tahun! Heee, geli lah aku!! goshhh
--___-- <--- :="" aku="" berpuasa..="" berpuasa="" demi="" hati-hati="" innani="" menjaga="" p="" penonton="" saaim="" sedang="" siaran="" sungguh="" tengah="" terputus="" yang="">
--->
* * *
Hari ini genap ke-11 hari Abg Tuah berpuasa. Begitu jugek junior-junior sekolahnya. Pagi tadi beliau baru sahaja solat subuh berjemaah di Masjid al-Mubarak Kampung Pening Lalat yang berlamu chandelion di dalam kubahnya. Tersergam indah!!! hari ini, beliau akan ke Sekolah Nanas Sebijik untuk meneruskan pengajiannya. Di dalam kelas....
Abg Tuah : meludah keluar tingkap. Tanpa disengajakan, ludahnya jatuh betul-betul di atas ubun-ubun Pak Mail, tukang kebun sekolahnya.
Pak Mail : hoi!!!!!! Si*l, Setan, kurang hajar, Bak kut teh *babi, anak haram!!! sape ludah atas ubun-ubun aku yang takde rambut ni!!!
Pak Mail <-- :="" aku="" berpuasa="" innani="" p="" reaksi="" saaaim.="" sebenar="" sesngguhnya="">-->
* * *
Puasa serius menguji kesabaran seseorang manusia! Lebih-lebih lagi sekiranya berpuasa di negara bermusim panas. Siangnya 20 jam. Malamnya hanya 4 jam. Serius menguji. Tapi itulah sebabnya Allah jadikan bulan ramadhan sebagai bulan berpuasa untuk orang-orang islam. Semua dijemput Berpuasa! Menahan kebiasaan-kebiasaan diri yang dah jadi habit bukan mudah. Kalau mulut ni ringan nak mencarut, memang memang mencarut jugakla. Tapi ramadhan ini datang untuk kita perbaiki diri kita. menyiapkan diri kita untut menyingkirkan seluruh habit jahat yang dah menjadi cancer dalam darah daging kita! Parasit yang menjauhkandiri kita dari sorga-Nya yang aku janji sangat best!! Agar diakhir ramadhan nanti kau adalah seorang manusia yang lain. Manusia baru. Mannusia yang lebih hebat dari biasa. Manusia yang bertaqwa.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa, seperti mana kami wajibkan kepada umat yang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa 2 : 183
Moga-moga dengan hadirnya puasa pada tahun ini, kita menjadi lebih bertaqwa. Kerana taqwa itu harapan Allah. Telah Allah ciptakan ramadhan ini, supaya kau bertaqwa.
Aku menchentaimu wahai ramadhan. And above all.... your creator
nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya
No comments:
Post a Comment