- Wednesday, May 15, 2013

Mama Kata Jangan Sambut Hari Ibu!

kredit




Apa khabar Puan Mama? 
Khabar baik
Mama sihat?
alhamdulillah, sehat. Faisal apa khabar?
alhamdulillah Mama, sihat je.

.......

....

Mama, ... Faisal, er.... Faisal sayang mama! (suara ketar-ketar)


Ringkas dan padat. Itu komen aku kepada perbualan ringkas Encik Anak dan Puan Mama. Diikuti dengan  adegan malu-malu kucing Faisal yang segan untuk mengucapkan perkataan keramat paling mudah didunia itu. 

I Love You
Aku Sayangkan Kau
Saya Mencintaimu
Uhibbuka Kethiiir
Saranghayou 

Dan banyak lagi bahasa-bahasa lain yang mengungkapkan perkataan cinta ini. Cuma Aku tak tahu pulak dalam bahasa Moro, Bosnia, Italy, Russia, Kutub Selatan, Kutub utara, dan mana-mana bahagian lain di dunia. Yang pasti dalam bahasa Tagalog : mahal Kita. Conclusion : mana-mana bahasa pun, ungkapan ini sangat simple dan mudah untuk diungkapkan. Otot mulut tidak perlu bergerak dengan ganas seperti kaki mendaki Gunung Tertinggi di dunia, Everest. Gigi tidak pecah-pecah untuk mengucapkan kata-kata ini seperti pahlawan putih dan hitam (kungfu Panda) menentang musuhnya. Dan lidah tak putus untuk membunyikan kalimah ini seperti bawang dipotong pisau. Tapi amat sedikit dalam kalangan kita yang melazimkan kata-kata ini kepada insan-insan yang layak untuk mendengarnya daripada suara lunak kita.

Kita kadang-kadang sanggup untuk mendaki gunung tertinggu, menghancurkan gigi-gigi kita dan memotong bawang-bawang sampai mengalir air mata kita untuk membuktikan kasih kita kepada seseorang. Aloooo Sweeet. Tapi kenapa untuk mengungkapkannya sangat payah?! Katakanlah kepada ibumu, yang kau sayang dengannya sebelum dia pergi dan kamu tidak akan ada lagi peluang itu untuk selama-lamanya. forever. ever. 

Demi Hari mama yang melewati rutin kita, aku ingin mengucapkan aku sayang kamu wahai mama kuu! Kerana mama lah, aku mampu berjalan hari ini, kerana mama lah aku boleh mendaki gunung, kerana mama lah aku menjadi. kerana mu mama. kerana mu mama. Dan kerana Allah. 

hari itu, hari Jumaat. Hari yang paling aku gemari dalam seminggu kerana suasana yang lebih islami daripada biasa. Paginya yang serba putih, matahari yang memancar terang, dan bacaan qiraat quran benar-benar menenangkan aku. Malamnya pula penuh dengan zikir-zikir, bacaan yaasin, dan solat-solat sunat. Hari jumaat adalah hari special!! Penghulu sekalian hari. Hari bacaan surah Al-kahfi. Surah perjuangan pemuda-pemudi mempertahankan kebenaran iman dan menjatuhkan kebatilan kuffar.

hari itu juga hari mama ku menemuiku. Seminggu sekali beliau datang kepadaku di sana. Memberikan kata-kata semangat. Menuturkan ayat-ayat pujukan. Dan menzahirkan kassih sayang kepada anak-anaknya. Sedangkan keldai pun sayang kepada anaknya, inikan pula seorang manusia kepada anaknya. Oh mama ku. Sampai sekarang, anakmu ini sudah besar panjang, dia masih mencarimu disusah dan senangnya.

dan mama berkata

Mama redha dengan kamu, pergilah. Pergi mengejar cita-citamu. Terbanglah. Terbanglah bersama burung besi ke sana. Ke tanah cita-citamu itu.

oh, kenangan itu. Perasaan yang aku rindui! Mendengar mamaku menuturkan keredhaannya kepada batang tubuhku. aku berasa ringan! seperti tiada lagi masalah yang berlaku. Tiada beban fikiran yang aku terpaksa fikirkan.. Diriku berasa ringan! Syurga benar-benar dibawah kakimu mama.


Mama, 

Aku berada didalam perutmu selama sembulan bulan dan sepuluh hari. Hampir setahun aku menghuni badanmu yang kecil. Zaman ini, aku tak boleh bayangkan  mengapa aku lebih besar dan tinggi darimu, sedangkan dulu akulah yang menghuni perutmu!! Sembilan bulan mama, sembilan bulan. Mama kata, masa mama mengandungkan ku, mama lazimkan membaca surah-surah pilihan dari alQuran. Mama lazimkan berzikir. Dalam tempoh itu mama ku, aku menyedut segala nutrient yang ada dalam tubuhmu. Memaksamu makan lebih banyak dari biasa, memaksamu minum lebih banyak dan memaksamu melakukan sesuatu diluar kebiasaanmu. Tapi kau tetap lakukan. Menuntut ilmu sains manusia ini, menyebabkan aku insaf wahai mama. Dengan segala kesakitan yang terpaksa kau tanggung.

Tiga bulan pertamaku menyaksikan engkau mengalami perubahan drastik pada saiz tubuhmu. Pening-pening dan muntah-muntah kian menjadi rutin harianmu. Namun kau sabar bersama ku. Menanggungku dan mengusungku ke mana-mana kau pergi. Ya itulah aku mama, parasit kecil yang menumpang tubuhmu dan menyusahkanmu selama sembilan bulan. Tapi hari ini, aku seolah-olah alpa dan lupa dengan pengorbananmu. Maafkan aku mama. maafkan aku.

Tiga bulan terakhirku. Kau sabar dengan tendangan anak nakalmu ini.  Kau rasai aku kian membesar di dalam rahimu. Semakin aku membesar, semakin aku menyusahkanmu. Memaksamu menelan ubat-ubat aneh yang berwarna-warni dan pahit. Namun kau telan semuanya. Demiku, anak mu yang kau sayangi. Akhirnya masa telah tiba mama. 31 Ogos itu. Dikala manusia bersukaria menyambut hari kebebasan negara. Dikala malam yang mendung itu. kau bertarung dengan nyawamu. Menggadaikan stiap urat darahmu dan meletakkan nyawamu sebagai taruhan untuk kehidupanku. Kau tanggung derita itu mama! kau tanggung seorang diri! Dari saat aku terpilih mensenyawakan telurmu hingga saat aku mengoyakkan daging-daging mu untuk keluar ke dunia ini. Derita itu semuanya kau yang tanggung. 

Maka pada hari ini. Aku anakmu mengucapkan kepadamu mama, Selamat Hari Mama. Aku sayang padamu, cinta padamu. Aku rindu dirimu. Aku rindu belaianmu. Aku anakmu mama. Bagiku, 365 hari dalam setahun adalah hari mama.

 Betapa aku tidak menghargai pengorbananmu mama, kerana aku tidak mampu membayar setiap uratmu yang putus dengan duitku. Aku tidak mampu membayar kesakitanmu biarpun aku mati ditikam seribu pedang. Tapi satu aku yakin. Mama, kau sentiasa dalam sujud-sujudku. Dalam munajat-munajatku. 

kerana kau mama ku, seteruk mana pun kau.


“Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.” (An-Nisa: 36) 

“Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.” (Al-Israk: 23). 

 “Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik.” (Al-Israk: 23)

 “Tidaklah balasan perbuatan baik itu melainkan kebaikan pula (balasannya).” (Ar-Rahman: 60) 

Hayati firman Allah Taala yang bermaksud: “Ibunya mengandungkannya dalam keadaan susah payah dan melahirkannya juga dalam keadaan susah payah.” (Al-Ahqaf:15)

Firman Allah swt lagi: “Ibunya mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.” (Luqman: 14). 



 “Bilamana seorang daripada mereka atau kedua-duanya telah mencapai usia tua di sisi kamu, maka janganlah kamu katakan kepada mereka perkataan “Uf” (Ah!) dan janganlah kamu mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan sayap kamu bagi mereka (merendah dirilah) sebagai tanda kasih sayang.” (Al-Israk: 23) 

Kata Sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama ‘Urwah, “Tunduklah kamu di hadapan ibu dan bapa kamu sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di depan tuannya”. Berkata pula ‘Atha bin Rabah, “Janganlah kamu mengangkat tangan apabila kamu sedang bercakap dengan kedua ibu bapa kamu”. Sementara Imam al-Hasan pula menyebut, “Hendaklah si anak itu bercakap kepada kedua orang tuanya, “Wahai ibu, wahai ayah!, dan jangan sekali-kali memanggil dengan menyebut nama mereka”. 

 “Bersyukurlah kepada-Ku dan kedua ibu bapamu dan hanya kepada-Kulah tempatmu kembali”.
(Luqman: 14). 

Firman Allah swt: “Dan berdoalah, ‘Wahai Tuhanku kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sewaktu kecil dahulu.” (Al-Israk: 24)
Happy Mothers day mama

nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment