- Saturday, May 4, 2013

Unttokmu Semekar


Dewan As-Syafi'e

Tangki Sekolah

Perjalananku bermula sekitar pukul 10 pagi hari itu. Cuaca yang panas, angin yang bertiup, dan langit yang membiru menghiasi alam menemaniku di sepanjang perjalanan selama dua puluh minit ke destinasi itu. Tempat yang akhirnya akan mengubah aku selama-lamanya, dengan izin tuhan ku. Itu sudah pasti. Tapi aturan Allah siapa yang tahu? Aku juga tidak tahu. Yang aku ingat, semangatku yang berkobar-kobar untuk menempuh satu hidup baru di sana kelak.

hari itu 4 Januari 2005. Sebelum azan Zohor aku tiba di sana. Di tanah bukit itu. Di bangunan beratap merah itu. SMKA Mohamad Ali, Ranau atau nama pendeknya SEMEKAR. Walaupun aku layak untuk memilih sekolah-sekolah lain di ibu negeri dan di semenanjung, aku akur dengan pilihan parent yang meminta aku untuk mengaji di SEMEKAR. Dengan jiwa yang meronta. Aku ingat, ketika surat dari Putrajaya menemuiku, untuk menjemput aku bertukar sekolah ke sebuah sekolah berasrama penuh sejurus selepas minggu oreintasi tamat. Ketika itu, asrama putera (rumah anak lelaki di sekolah itu) bising dengan isu ramai pelajar Form 1 kemas barang kerana mendapat panggilan dari sekolah yang lebih MANTAP dari sekolah itu. Memori ini sungguh segar bersamaku. seperti baru semalam aku mendengar pengunguman-pengunguman pengawas asrama, dan teriakan-teriakan senior menyuruh turun ke masjid untuk solat berjemaah. Bacaan-bacaan Al-Quran memaksa putera puteri untuk bingkas bangun menyembah ilahi. Akhirnya aku pasrah. Tempoh panggilan seminggu untuk lapor diri di sekolah yang menawarkan aku tempat telahpun tamat. Ya, aku pasrah. Dalam terpaksa namun. Dalam diam aku menyimpan tekad untuk berpindah ke sekolah idamanku selepas PMR. Kuncinya hanya satu kataku, score PMR da pergi.. pergi ke sekolah idamanmu dan jangan toleh belakang.

Maka bermulalah kisahku secara rasmi di SEMEKAR. Menjadi junior bukan mudah. Aku berhadapan dengan senior-senior yang nakal. Dengan karenah mereka yang pada ketika itu aku kira "tak matang" sangat memanaskan hatiku yang muda.

"nama ja sekolah agama, tapi akhlak macam haram"
"eh, kau sekolah agama tapi kau takk pandai baca quran?!"
"eh, sekolah ni baru lagi, kenapa ssemua locker dalam sekolah ni dah hancur lebur?"

Dan banyak lagi fikiran-fikiran ku yang negatif tentang sekolah itu. Mungkin sekarang dah tak ada la kot. Sampai ada satu masa, aku rasa macam nak pindah sekolah ja. sekolah biasa pun jadilah!! Asal bukan Ini (abi) hehe. Tapi itu tidak terjadi.

Maka aku belajar hidup di tengah-tengah kehidupan asrama yang aku tidak sukai suasananya. Aku belajar menjadi ikan di lautan. Tidak masin dek laut yang masin. Tidak hanyut dek perangai-perangai rakan yang bermacam.

Walaupun begitu, sekolah itu jugak lah yang mengajar aku erti kehidupan. Sehinggaan hari ini, aku boleh katakan :

"kalau bukan sebab aku study di smu dulu, xtahu lah aku dah jadi apa sekarang ni"
"kalau bukan sebab tarbiyah di smu dulu, ntah2 aku masih tak tahu baca quran"
"kalau bukan sebab smu ni, aku tak pastilah harini aku jaga solat ke tak"

Ok, pendidik jangan kembang.

Pelajar dilatih untuk bangun sebelum azan subuh, untuk solat secara berjemaah di masjid, kami dilatih melazimkan solat lima waktu sehari semalam secara berjemaah, kami dilatih membaca alquran dan kemahiran-kemahirannya, kami diperkenalkan dengan usrah yang membawa amar makruf nahi mungkar, dan banyak lagi. Pendek kata kami dilatih menjadi insan yang insan. faham? maka aku melihat, we still have chance. Kita masih ada peluang. Untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat luar dan pelajar-pelajar terhadap institusi pengajian agama ini! memekarkan semula SEMEKAR, semekar namanya.  Dalam diam aku menyimpan tekad untuk mengubah, dan berubah! kerana bagiku, sekolah itu membawa imej orang islam. Nama pun sekolah agama. Kalau buruk, kita risau imej islam juga tercalar. Cuma sedikit dari rakan-rakan ku yang tahu akan tekad perjuangan ini.

kredit

Lima tahun menimba ilmu dari warga SEMEKAR menjadikan aku tewas. Aku tewas. Tewas kerana sampai ke saat ini aku masih menggamit seluruh memoir ku yang beada di sana. Tanyalah kepada siapa-siapa senior yang dah grad dari sekolah tu. Mereka juga seperti saya. Rindu bersama SEMEKAR di tangga-tangganya, di bangunan-bangunan kelasnya, di asramanya, di masjidnya, di dewannya, di kantinya... dan akhirnya rindu bersama guru-guru tersayang. Alangkah rindunya.

Kami selalu tanam dalam diri kami : Perjuangan ini masih panjang. Kami berusaha bersungguh-sungguh, menaikkan graph pencapaian sekolah dalam peperiksaan-peperiksaan awam. Aku masih ingat ketika aku berada di kelas 4 Biruni (sekarang dah tukar nama).. seluruh ahli kelas 4B, 4G, dan 4F bersama-sama mewujudkan budaya kejar A! Sampai dalam surat rasmi meminta izin keluar pekan pun kami tulis "kearah 12 A1 SPM 2009"  Nampak kesungguhan pelajar-pelajar mengejar kebaikan dan memberikan contoh kepada jonior-junior supaya mereka turut berjuang. Malah lebih baik daripada perjuangan kami. bukankah Allah juga menyuruh kita untuk berlumba-lumba dan berkejar-kejaran kearah kebaikan?

"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." 

(Surah al-Baqarah, ayat 148)

Suasana islami yang wujud dalam atmospfera SEMEKAR juga banyak mengajar kami menghadapi kehidupan di luar tembok sekolah. Kelas-kelas menengah rendah yang mengasingkan antara pelajar putera dan puteri mendidik kami untuk menjaga batas pergaulan ketika masuk ke menengah atas yang mencampurkan diantara dua jantina yang tertarik antara satu sama lain. suasana ini jugalah yang mengajar kami adab dalam pergaulan setelah memasuki alam universiti. jangan nakal-nakal.

Kredit


Maka adik-adik junior kami, ungkinm perjuangan kami telah berakhir di sekolah itu, terpulang kepada kalian untuk menilai sejauh mana keberjayaan perjuangan ini. Sekarang adalah zaman kalian. Kami tinggalkan jejak kami di bawah atap-atap sekolah untuk kalian ambil pengajaran daripadanya. Contohi yang baik dari kami dan jauhi yang buruk. Perbaikkan apa yang kami kurang. Kami hanya boleh membantu dari luar.  Agar satu hari nanti, graduan SEMEKAR adalah graduan-graduan yang hebat dari setiap aspek. Profesional + Ustaz = protaz. 

Kami tahu kita adalah manusia, yang imannya naik dan turun. Maka berilah peringatan diantara rakan-rakan sekelas dan sebatch. Kan peringatan tu berguna untuk orang mukmin..

"Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna)"

Surah al-A'laa ayat 9

Kita adalah pelajar-pelajar yang terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk masuk ke SEMEKAR. Ramai rakan-rakan kita di luar yang turut memohon untuk mendapatkan satu kerusi di sekolah itu, But above all, Allah pilih kita. Allah pilih kita, Allah pilih kita dan bukan mereka. Allah yang mengaturkan kita untuk duduk di dalam SEMEKAR dan bukan mereka. Maka itu, lunaskanlah dan tunaikanlah tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita.  Janganlah kita menzalimi rakan-rakan kita yang tak terpilih untuk mendapat tempat di sekolah itu. Agar satu hari nanti, kita adalah manusia yang berguna untuk masyarakat kita, dan bukan manusia yang cuma tahu buat masalah dan menghabiskan beras dan memenuhkan jamban.

Jadilah part of solution dan bukan part of problem. Jaga akhlak kita sesuai dengan status kita sebagai muslim. Kurangkan post gambar-gambar yang tidak menutupi aurat dan kurang sopan di laman-laman sosial Facebook atau lain-lain. Kurangkan post perkataan-perkataan yang tidak berfaedah di laman-laman sosial. InsyAllah, Allah akan memberikan kebaikan kepada kita jika kita menahan diri haripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. 

قَد أَفلَحَ المُؤمِنونَ (1)الَّذينَ هُم فى صَلاتِهِم خٰشِعونَ (2)وَالَّذينَ هُم عَنِ اللَّغوِ مُعرِضونَ ﴿٣﴾وَالَّذينَ هُم لِلزَّكوٰةِ فٰعِلونَ ﴿٤﴾وَالَّذينَ هُم لِفُروجِهِم حٰفِظونَ ﴿5)٥



Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,(1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam 

sembahyangnya (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

 (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu (4) Dan 

mereka yang menjaga kehormatannya,(5) 

Surah al-Mukminun Ayat 1-5

Ambil peluang sebanyak mungkin untuk menuntut ilmu di sana. Maksimumkan usaha untuk memperbaiki diri. Kerana setiap Cell yang bergerak dalam tubuh kita kearah kebaikan dan kearah Allah akan diberikan balasan yang setimpal untuknya. Macam khutbah jumaat sudah. heehe, Tapi ni serius. kita kan Muslim? (orang-orang yang berserah pada tuhannya) dan Manusia kecintaan kita Muhammad SAW mengajar kita untuk menjadi lagi baik daripada hari semalam..

Rasulullah S.A.W berpesan yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Nah, begitu Rasul mengajar kita supaya setiap hari, sekurang-kurangnya kita bertambah baik. Walaupun sedikit.

Kita harus sedar, bahawa kita adalah aset ibu bapa kita, aset masyarakat kita dan aset agama kita. Maka sebarang kecacatan pada kita dari segi akhlaq, sahsia, pelajaran dan apa-apa sekalipun adalah kerugian untuk ummah. Kita mesti berfikir secara global dan bukan lokal. Mutakhir ini, dunia sangat memerlukan manusia-manusia yang memahami agama untuk memperbaiki sistem yang menggerakkannya. Lebih baik cacat anggota daripada cacat akhlak dan sahsiah. Oleh itu, kita mestilah berusaha dari sekarang untuk menjadi pelajar yang berdaya saing dan terkehadapan untuk memenuhi tuntutan kehidupan pada hari ini.

Tuntutlah ilmu dan timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya. kami menanti kalian di menara gading. Di luar negara, maupun di dalam negara. Pembinaan jiwa-jiwa akan tetap terus diimani dan diteruskan. Kerana yang akan mengubah dunia ini adalah manusia. Kita. 

Salam cinta dan rindu dari kami yang merindui kabus subuh.

4 Biruni. Besar sudah semua


nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

6 comments:

  1. jauh dari sabah, merantau pg tempat orang..bila baca post ni..terasa nak balik sabah.. mengimbas balik suasana tarbiyah yang pernah dilalui

    ReplyDelete
  2. huhu.. really miss klas biruni bila tgkpic ni.. trus ngat cgu silvestian pantau cakap.. BeRuni.. kerajaan beruni.. hahaha

    ReplyDelete
  3. skrg sdah tukar nama klas.. sains ptama khawarizmi. sains kedua al.khindi

    ReplyDelete
  4. kenangn yg memang berguna.....

    ReplyDelete
  5. SEMEKAR sekolah yang sangat unik...
    memberikan aura yang luar biasa...
    biasalah...sekolah atas gunung brrr sejuk

    ReplyDelete
  6. duduk di SEMEKAR mengajar keikhlasan menuntut ilmu dan beribadah
    serta bersukan dengan girangnya

    Jumlah Anak Tangga turun ke padang SEMEKAR= 500 lebih kan?
    Jumlah Anak Tangga naik ke masjid dari asrama= 100 lebih....kan?

    PENAT tp membina insan yang memperoleh Halawatul Iman.
    InsyALLAH

    ReplyDelete