- Tuesday, November 12, 2013

Kelinik : One Liter of Tears aka Seliter Air Mata


Tulisan kali ini adalah sambungan kepada Tajuk Kelinik : The Hectic 1. Untuk Membaca sila klik .




Life as a medical student goes on. Subjek 'Pengenalan Kepada Alam Klinikal Dan Kemahiran Berinteraksi" selesai. Exam pun dah ambil. Alhamdulillah, setakat ini Allah masih izinkan untuk bernafas di dalam agamanya dan perjuanganNya. Masa yang dipinjam kala ini disi dengan ilmu perubatan kanak-kanak atau juga dikenali sebagai Pediatrik. Berjuta adik-adik comel dihadapi setiap hari. 

Comel dan berpenyakit.

Tapi tetap comel! hari-hari aku jatuh kasih terhadap adik-adik yang menjadi pesakitku. 

Ada yang sakit, tapi tetap tersenyum. "Ammu-ammu Malizi (Pak Cik-Pak Cik Malaysia") demikian kami digelar. Kami masih muda lagi la sayang. Tak mau jadi pak cik lagi! *sambil sengih-sengih bergurau.

Hari ini pesakitku berasal dari Negara Megah Syria. Budak lelaki berumur sebelas tahun ini sangat kuat menongkah kesakitan yang dihidapinya sambil baring di sisi ibunya yang kelihatan tenang. Seorang anak pejuang, dan seorang ibu tabah! Ayahnya tidak berkerja. Menurut ibunya, keadaan di Syria menyebabkan peluang berkerja menjadi sifar! Hanya ada satu pekerjaan sahaja di Syria sekarang ini : menjadi Pejuang Kebebasan!! (begitu semangat ibu tua ini) Hampir-hampir aku menangis di hadapan beliau. Hospital-hospital di negara tersebut kebanyakannya tidak mempunyai bekalan elektrik, ubat-ubatan, dan air bersih. Pendek kata, disebabkan masalah-masalah yang berlaku mereka terpaksa mencari medical attention di Jordan. Ibu kelihatan sangat ramah dan baik ketika aku mendampingi mereka. Dalam sekelip mata, aku berasa selesa bersama mereka. Seolah-olah kami telah berkenalan selama ini. Inikah yang Allah maksudkan di dalam ayatnya :


"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (jika mereka berselisih), dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"...
(surah al-hujurat; ayat 10)


Diakhir berbualan kami, si Ibu berdoa

Semoga Allah memukul Basyar Asad dengan pukulanNya, Amin.

Aku mengaminkan doa, dan menyatakan rakyat Malaysia semuanya menyokong rakyat Syria. Kami semua bersama kalian Mak Cik, begitu kataku. Kami menyokong kebenaran dan mengutuk yang batil. Kami mengagumi darah-darah pahlawan yang mengalir di dalam salur darah kalian. Kami dengki dengan peluang kalian memburu syahid, sedangkan di tempat kami manusia mati sia-sia! Kalian mati syahid, kami mati sia-sia, mati kerana menagih dadah dan seks bebas. Betapa Hinanya kami dan mulianya kalian. Nangis.

Kisah yang aku alami ini adalah satu di dalam berjuta kisah sedih yang dialami oleh pelarian-pelarian hasil kekejaman pemimpin keteteraan Syria. Mungkin ada sejuta lagi kisah-kisah sedih yang tak direkodkan dan tak didengari. Bagi kita mungkin isu ini simple, tapi bagi mereka, tiada lagi masalah yang lebih besar daripada masalah ini.


Kalau kalian tertanya-tanya 
mengapa kami turun menentang kezaliman
bertarung nyawa dan menggadai jiwa

maka bayangkanlah
sekiranya yang di bunuh dijalanan
yang ditangkap tidak pernah kembali
yang di siksa di khalayak
yang di nafikan hak

sekiranya mereka ini adalah bapa-bapa kalian
sekiranya mereka ini adalah abang-abang kalian

apakah yang akan kalian lakukan?


"Akan ada di kalangan umat ku mereka yang berjihad di Baitul Maqdis dan akan ada di kalangan umat ku mereka yang berjihad di Damsyik dan mereka tidak dapat dilemahkan oleh pengkhianatan golongan yang berkhianat". 


Sebuah hadis yang jelas menunjukkan bahawa kemanangan adalah memihak kepada muslimin yang berjuang di Baitul maqdis.
"Akan ada umat ku yang berjuang melawan musuh-musuh mereka. Musuh mereka tidak bolih memudaratkan mereka sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka. Ditanya oleh sahabat, "Di mana mereka itu ya Rasulullah SAW.? Dijawab Nabi "Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan disekitarnya".




Setelah empat tahun berada di Dataran Syam ini, inilah perasaan yang aku idamkan selama ini. Merasai kemanisan menjadi penghuni Syam yang diberkati Allah, bumi pejuang dan tanah tempat berdirinya para rasul dan sahabat-sahabat yang Allah redhai. Berada berhampiran dengan Palestin dan Syria, menjadikan berita-berita di dalam media lebih dekat kepada kita. Bukti hadis nabi yang menyatakan kecekalan perjuangan penghuni Syam aku saksian setiap hari. (semoga menjadi penghuni dataran ini, menjadikan aku seorang pejuang) Jika hari ini seorang journalist melaporkan kebaculan Israel dan Asad, esok kita melihat mangsa-mangsa keadaan di sekeliling kita. Mereka menjadi rakan kita di unuversiti, menjadi jemaah masjid qaryah, dan menjadi ibu kepada anak-anak di hospital. Pendek kata, mereka sangat dekat. Kata-kata mereka menggambarkan semangat perjuangan mereka yang teguh. 

Usai perbualan tersebut, aku hanya boleh membuat satu kesimpulan. Kezaliman akan tamat sebentar lagi. Kemenangan perjuangan ini akan berpihak kepada pejuang-pejuang islam yang ikhlas. mereka yang tidak henti-henti berjuang menegakkan kelimah Allah tanpa kenal erti malu! Sekalipun pejuang ini dimalukan, beliau akan menebalkan mukanya setebal Tembok Cina. Kerana pejuang ini tahu, nabi berdakwah kepada Abu Jahal tanpa berasa malu walau sekelumit pun, walhal Abu Jahal telah merendahkan martabat nabi serendah martabat kuman. Eh.

Akhirnya, kehidupan kelinik yang hectic ini, mengajar manusia yang hidup di dalamnya, erti sebuah perjuangan dan matlamat sebuah kehidupan! Moga Allah menjadikan kita semua salah seorang daripada pejuang-pejuangNya yang dimaksudkan oleh nabi di dalam hadis baginda. Moga bumi ini, dilayan selayaknya dengan statusnya : Dataran Syam, Hamparan Bumi Tarbiyah. 




Nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment