- Wednesday, February 26, 2014

Beruang Kutub


Gate A2 KLIA



Ini dia Kuala Lumpur international Airport, sebuah lapangan terbang di tengah kawasan perladangan kelapa sawit. mahu kekalkan kehujauan alam katanya. Pintu A2. Pemandangan yang saban tahun jadi halwa mata. Bermula sejak mata ini boleh melihat sejauh 3 kilometer sehinggalah sekarang, ketika mata ini sudah mula tua. Sudah mula kabur, rabun. Barulah aku sedar nikmat mata. Benarlah sabda nabi,

 Dua nikmat yang sering dilupakan : sehat dan masa lapang. 

Pandangan inilah yang mengingatkan aku, bahawa aku sangat jauh dari rumah. Sangat jauh dari penjaga, sehingga aku merasai dunia dengan kebaikan dan keburukannya terhidang di hadapan mata. pendek kata culture shock! Dunia terhidang depan mata kawan, pilihlah mana kau suka. Semua ada, Macam-macam ada. Yang cantik, yang hodoh, yang putih, yang hitam, yang bermaruah, yang kurang sikit maruahnya, yang tak ada langsung maruah, yang ada lah sikit maruah, yang kaya, yang miskin, yang b*tch, yang soleh, yang pura-pura soleh, yang betul-betul soleh dan sebagainya. Melimpah jenis orang. Tak muat baldi saiz XL.

Maka dalam keadaan culture shock, (ala-ala village people datang New York) aku sangat terdedah kepada kehancuran nilai diri. Di tengah masyarakat yang rosak, aku sangat terdedah menjadi rosak. (Betul lah, kau nak makan tak susu sebelanga yang masih segar. Hasil perahan terbaru, tapi ada setitik nila di dalamnya. Tak jadi biru sebelanga susu tu?)

Aku memikirkan cara untuk melepaskan diri dari belenggu dunia. Aku perlu jadi dewasa.

aku nak tanya kau, 

'kau ingat tak bila kali pertama kau jejakkan kaki keluar rumah sebagai seorang dewasa?

'tak ingat'

aku juga tak ingat. Entah pernah atau tidak aku melangkah keluar dari kawasan kediamanku sebagai seorang dewasa. malah aku kurang pasti adakah pernah atau tidak aku menjadi seorang dewasa. atau frasa itu aku ingin tukarkan kepada : apa erti dewasa? Aku pun kurang jelas.

(Maka menjadi dewasa bukan pintu untuk melepaskan diri dari masalah dunia)

Exit From the Darkness


Maka aku ikhtiar cara lain untuk melepaskan diri dari belenggu dunia. Kan Tuhan bekalkan akal dalam otak? Aku fikirkan cara lain. Aku perlu menjadi Doraemon! Dia punya cara dari abad ke 21 untuk menyelesaikan masalah abad ini. Mudah-mudahan menjadi Doraemon menjadikan aku kuat menongkah arus kezaliman yang berleluasa di atas muka bumi.

Habis semua gadget-gadget canggih abad ke 21 aku gunakan. Samsung S1, S2, S3, S3 dan terbaru S5 yang menggunakan pengimbas cop jadi semua aku jadikan alat bantu untuk aku melepaskan diri dari kesuraman kejahatan dunia. Tapi kecanggihan ini semuanya tidak mampu menandingi kekuatan kejahatan dunia yang sudah berakar tunjang! Maka sebagai Doraemon, aku beralih kepada produk Apple. Semua generasi iPhone aku gunakan, begitu juga iPad 1, 2, 3, dan iPad Air. Nasib yang sama menimpa bala tentera kami. 

Kesuraman dunia tetap menang, dan kami tewas! Dunia yang sudah sedia kala suram kerana kejahatan, semakin malap.


(Maka menjadi Doraemon yang moden bukan jalan penyelesaian kepada masalah dunia)

Akhirnya aku hampir-hampir mengalah. Sehinggalah datang seorang manusia dari hujung bandar, berlari tercungap-cungap. Dia khabarkan kepadaku Beruang Kutub di Kutub Utara semakin pupus. Jumlah mereka tidak lebih 500 ekor katanya. Pusat Perhilitan Dunia mengumumkan beruang kutub sebagai binatang yang diharamkan sebagai binatang buruan kerana risau mereka akan menemui nasib yang saba seperti Burung Dodo yang telah pupus.

Manusia dari hujung bandar itu khabarkan kepadaku. Sejuta masalah dunia boleh diselesaikan hanya dengan satu kalimah sahaja. 

Tidak ada tuhan melainkan Allah 
Muhammad itu pesuruh Allah

kata beliau, kata-kata pendek inilah yang menggoncang sistem pemerintahan jahiliyah Mekah yang suram gelap gelita, sehingga semua menjadi terang seperti sinaran mentari. Inilah kalimah yang Nabi katakan kepada Abu Jahal sekiranya dia ucapkan kata-kata ringkas ini, seluruh bangsa arab dan bukan arab akan tunduk kepadanya. Hanyalah kesombongan yang menjadi pemisah diantara Abu Jahal dengan kemuliaan yang ditawarkan kepadanya.

Maka aku memilih untuk kembali kepada fitrah. hanya dengan cara ini sahajalah, Dunia mampu menjadi sebuah tempat yang lebih baik ( bak kata Mat Salleh : this world can only be a better place with it, Islam).  



“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An-Nahl: 18)

“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.(An-Nahl: 78)

“Katakanlah: "Dia-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur”. (Al-Mulk: 23)

“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang,Dalam bentuk apa saja yang dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu”. (Al-Infithar: 6-8)

“Bukankah kami Telah memberikan kepadanya dua buah mata,  Lidah dan dua buah bibir.  Dan kami Telah menunjukkan kepadanya dua jalan”. (Al-Balad: 8-10)



Ini lah 2 jalan yang Allah tunjukkan kepada aku semasa aku mula-mula meninggalkan dunia kecilku. Kesuraman jahiliyah atau keterangan Islam. Ketika aku diberi peluang untuk memilih sama ada Dunia dan isinya, atau akhirat dan isinya aku memilih yang terbaik. 


nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

1 comment: