- Sunday, December 30, 2012

kawan




maaf kawan, saat aku tidak mampu menahan rasa untuk bersabar, aku senyap. Pendek kata, silent mode activated. Supaya tidak bertambah serabut keadaan. Aku harap kau faham, akan tindakkan ku mengaktifkan mode senyap dan berhibernasi *untuk mengumpul lemak. Kau cakap aku kurus kan. Nah, musim sejuk sudah tiba, memberikan advantage untukku membesarkan sedikit ukur lilit pinggangku. Lagipun apa yang aku perlu risau? Baju sejuk yang membaluti tubuhku saat ini menyembuniyakan boroi perutku! hahaha, Terima kasih baju sejuk jenama Zara. Berduit harusla dapat beli. *KofKof. Maaf sekali lagi, kalau selama masa yang berlalu, aku menyakitkan hatimu. Kan rasul sudah cakap : Kalau kau tak ada apa-apa yang baik untuk disebut, maka berdiamlah~ Kau juga dalam sistem Bulatan Gumbira. Aku harap kau faham, Maafkan salahku ini.

Aku pohon maaf darimu kawan. Sejuta kemaafan. Atas khilafku melayan kau demikian. Bukan niatku untuk melukakan kau atau apa-apa. Tapi aku juga manusia yang ada turun naik imanku. Mungkin tika imanku turun, aku hilang pertimbangan waras, dan kau jadi mangsaku. Kau juga tahu akan kehidupanku yang dipenuhi kertas-kertas klasik yang harus aku habiskan demi menagih markah ehsan dari guru-guruku di kuliahku. Aku tidak menyalahkan Kertas klasik, imanku yang naik turun dan keadaanku atas silapku mengatur langkah dalam persahabatan kita. Itu semua salahku. Aku insan yang sungguh kerdil dan tak mampu mengawal segala apapun di dunia ini. Kecuali dengan izin dari kuasa langit yang Esa. Aku harap kau faham. Maafkan salahaku ini.

Aku tidak tenang tanpa kemaafan darimu kawan. Yang banyak mendengar, berkongsi, dan memahami diriku ini. Kalianlah yang mewarnai kehidupanku. *except for a family of mine lah. Jadi aku harap kembalilah mewarnai ku.

Untuk sahabat-sahabatku. Yang mungkin pernah terasa atas sifat hambaku. Aku harap maafkan aku.

nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

3 comments:

  1. setiap kita perlu maaf memaafi, rasanya tak ada salah pun anda. apapun late updated blog adalah kerana tugas nak belajar, so itu utama..tahniah anggap itu semua muhasabah diri.Saya drop komen kerana blog anda da dalam blog list Pesona. Take care

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya jebat bukan penderhaka....keadaan yg menjadikannya begitu...haha...salam 2013...

    ReplyDelete