- Thursday, April 25, 2013

:)

AKU YAKIN DUNIA PADA HARI INI PENUH DENGAN MASALAH.





tetiba








Masalah hidup, masalah makan, masalah tidur, masalah belajar, masalah cinta, masalah bejalar, masalah tangan, masalah lampu, masalah tingkap, masalah pintu rosak, masalah exam tak habis baca, masalah jiwa, masalah perasaan, masalah kawan, masalah . Masalah. Masalah. Dan masaalah-masalah lain.

Huh, take five jap. Penat sangat mengarut pasal masalah. Banyak sangat yang bole di-mengarutkan. Baru masalah-masalah kecil. Belum masalah besar lagi. Nak aku senaraikan tak masalah-masalah besar? Jangan bimbang, tak pakai kertas dan dakwat pun. Environmentally happy. Eh, environmentally friendly. That make it happy.

Masalah hidup, masalah tak ade tujuan hidup, masalah tak tahu tujuan hidup, masalah dah lama hidup tapi tak jelas kenapa dia hidup, masalah tak pernah terfikir tujuan hidup, masalah tak pernah berminat nak tahu kenapa dia hidup, masalah tak tahu di mana nak cari tujuan hidup, dan masalah-masalah yang lain, hasil dari masalah tak tahu tujuan hidup. Ya, kalau kau tak tahu kenapa kau hidup, maka kau akan buat benda-benda aneh dalam hidup kau. Yang tak se-Frequency dengan tujuan kau diciptakan. Oleh Tuhan mu. 

Sama lah macam laptop. Kilang laptop terbesar di dunia telah mereka laptop paling maju di alam semesta. Anda boleh bermain game selama setahun tanpa mengecas laptop anda, menonton movie english/korea/jepun dan lain-lain menggunakan laptop anda dengan resolusi terabaik yang kami boleh sediakan. Retina eyes Second Version. "The best thing that ever happen to Movie". Fuh, pendek kata teknologi laptop ini adalah teknologi tahun 2500!! Dibawakan untuk anda. 

Tengok-tengok, kau buat laptop tu sebagai pinggan makan ayam masak asam pedas di atas meja kayu. (Baru siap masak tadi). Siap dengan sayur goreng dan air bandung berkrim! Terbaik dari kebun! TAK SESUAI! laptop tu jadi benda lain, terpesong dari tujuan dia diciptakan. 

Tapi itu laptop, tak apa la kot. Kalau rosak boleh buang dalam tong sampah hijau, dan beli baru. Yang lebih mantep dan haybat. (hebat dan mantap). Tapi kalau manusia maccam mana? Manusia sepatutnya hidup dengan tujuan A. Tiba-tiba ada seorang mamat ni hidup jadi Z!! Terpesong dari tujuan hidup yang sebenar. 

Dah tu macam mana nak tahu apa tujuan hidup aku nih? Aik kata negara membangun pesat. Banyak universiti yang top dalam ranking. Pergi la kelas-kelas tutorial or dewan-dewan kuliah seperdana alam. Duduk ramai-ramai, pastu tanya cikgu. "apa tujuan saya hidup?" Tanya sopan tau. Adab-adab sebagai seorang pelajar perlu di jaga. Dulu aku pernah jugak tanya seorang cikgu soalan macam nih. Dia jawab "Bagus soalan awak, lain dari yang lain. Matang" . Eh, tak berjawab pun soalan saya? -.-

Percaya tak kalau aku cakap, semua masalah-masalah yang timbul pada hari ini adalah kerana kita tak faham kenapa kita hidup? Apa sebenarnya tujuan kita Hidup nih? Kalau tak nak percaya pun tak apa. Tapi biarlah aku bagi alasan-alasan aku dulu. Supaya kau faham kenapa aku cakap begini. Aku bukan saja-saja, come to a conclusion, tuduh-tuduh sembarangan. Hahhh ~ ~ ~ Lepas tu sila buat timbang tara, sama ada kau nak setuju atau tak dengan pendapat aku. **pendapat yang aku dapat dari orang lain. Credit. 

Firman Allah SWT. *tiba-tiba skema.

 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” 
(QS. Adz –Dzariyat: 56 )

Ini tujuan hidup manusia yang pertama. Sila ingat! Manusia ni, Tuhan tak cipta untuk makan, tidur dan tidur! Tapi untuk beribadat kepada Pencipta itu. Zat yang paling agung wujud. Selepas faham yang kita ni hamba, sedar hakikat bahawa diri kau tu hamba, barulah datang perkara-perkara lain~ contohnya: tidur juga inadah, makan juga ibadah, dan lain-lain juga ibadah. So RULE of the thumb is, kau mesti sedar yang diri kau tu hamba. Dan hidup seperti hamba, tak ada perasaan sombong, sentiasa merendah diri dan faham akan keadaaan diri yang terbiar jika bukan kerana Rahmat dan kasih sayang yang turun dari tuhan.

Nak bukti pulak? Oke, JOM kita menelusuri kisah-kisah dahulu kala yang tak pernah ketinggaan zaman. Kisah Sahabat pada era itu, zaman ketika kekasih tercinta Muhammad SAW masih hidup, menghirup udara di atas muka bumi. Mereka adalah kaum muslimun yang diuji dengan ejekan, peperangan, dan kehilangan harta benda serta nyawa. Tak cukup dengan itu, manusia yang melayan mereka seperti anjing ini adalah saudara-saudara mereka sendiri. Bayangkan, ayah, abang atau kakak kita saat bertemu dengan kita membuang najis dia atas kepala kita! Sukar bukan. Tapi ini hakikat. Di zaman dahulu. 

Tapi akhirnya manusia-manusia ini yang kita jadikan contoh? Em, kita ambik satu susuk tubuh: Abu Bakar as-Siddiq. Seorang khalifah, pemimpin umat islam keseluruhannya dan panglima di medan perang. Di hadapan tuhannya? Sorang hamba yang merendah diri, menangis menginsafi dirinya yang tidak punya apa-apa jika bukan kerana Rahmat Allah AWT. Seluruh kehidupan beliau mencerminkan peribadi seorang hamba, kepada pencipta. Kenapa ambik contoh zaman dulu kala? Eh, jangan fikir aku pun ketinggalan zaman. *entah-entah ya*.

 Tahu tak apa achievement abang-abang muslim dan akak-akak muslimah yang dulu? Mereka berjaya mengimplementasi hukum langit di bumi (hukum Allah), memerangi golongan-golongan yang ingin memadamkan kebenaran cahaya Islam. Yang paling penting kita hari ini juga menjadi muslim kerna mereka. Bayangkan jika mereka tidak mempertahankan keislaman mereka pada ZAMAN DAHULU KALA, pasti hari ini kita tidak punya tiket masuk syurga! Cukup alasan ini? 

Selesai tujuan hidup pertama : Ubudiah atau Menjadi hamba kepada Allah SWT.

Tujuan hidup Ke-2 : Menjadi khalifah (pemimpin).


 وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ


Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (Surah Al-Baqarah: 30)

khalifah tu kan maksud nya pemimpin? Ya, memimpin diri, masyarakat dan dunia. Menjadi pelindung kepada dunia ini daripada kerosakan. 

Menjadi khalifah? Perkara ini telah direalisasikan oleh generasi awal muslim jugak. Apsal asyik dulu-dulu nih? Kejap, baca dulu nih. Suka buat perspektif awal. *padahal perspektif dicipta penulis! :P Ok, enough of this. Em apa kata aku datangkan bukti-bukti kukuh dan bernas daripada generasi awal Islam. Mereka lagi? dah tak ade orang lain ken nak tunjuk bukti? : macam mana aku nak jawab soalan ni ye. 

Cuba kau trik nafas tiga kali, pastu rehatkan mata sebentar. Otot-otot yang menggerak kan mata semestinya telah penat! 

Baiklah kita sambung, oh ya kenapa? sebab nya mudah, Khalifah Islam hanya wujud dalam buku-buku sejarah. So, nak tak nak , memang kena rujuk peristiwa-peristiwa dulu lah. Hah, nampak tak permainan dia di situ? KITA SUDAH TIDAK PUNYA PEMIMPIN! amirul mukminin, khalifah islamiyah sudah tidak wujud dalam sistem dunia hari ini. Fuh, mesti kau fikir : tak ada masalah langsung lah kalau khalifah tak ada. Aku hidup macam biasa je. Aman damai, di negara makmur Malaysia! 

Beruntung kau!! Saudara-saudara seislam kau di Palestin, hari-hari dengar bunyi-bunyi burung berkicauan, cengkerik-cengkerik malam bernyanyi, eh, apa aku cakap nih? Saudara kau di Palestin, hari-hari dengar bunyi bom, mati tu macam perkara biasa bagi mereka, berjihad mempertahankan tanah wakaf Seluruh Muslimun : Baitul Maqdis aka Jerusalem. Sejak bila tanah tu jadi tanah wakaf orang islam? Sejak Khalifah Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab berkata demikian lebih kurang 1400 tahun yang lampau!

Bukankah nabi Pernah bersabda : Tidak beriman seorang daripada kamu, sehingga dia mencintai(menyayangi) saudaranya, seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Jadi saudara kita di Palestin, Syria dan lain-lain tu kita tak sayang ka? biarlah mereka mati, asalkan aku hidup? Tak lengkap iman kita. Itu kata nabi, bukan aku yang cakap. Takut tak? tak boleh masuk syurga kalau iman tak lengkap. Nampak tak sifir mudah itu?

Dahulu, ketika kita masih punya Khalifah, ada satu cerita menarik. Peristiwa berlaku, ketia seorang muslimah berjalan di bandar, dia telah diganggu oleh sekumpulan lelaki-lelaki yang tidak beriman. Atau belum beriman + nakal + memusuhi muslimah. Kacau, aku tak tahu lah sama ada teruk atau tak, tapi muslimah itu mengadu kepada Khalifah pada ketika itu menggunakan aduan rakyat. Eh, ada ka aduan rakyat time tu? Entah, tapi pokoknya dia mengadu la masalah itu kepada Khalifah. Khalifah lantas mengeluarkan kenyataannya : Kalau kau ganggu muslimah aku, aku akan hantar bala tentera yang askar barisan hadapanya berada di depan pintu istana kau, dan askar belakangnya berada di hadapanku. Hyperbola sungguh!

 Tapi itu dia khalifah, melindungi dan memayungi setiap inci orang yang di bawah kepimpinannya. Hari ini, kita tak ada khalifah, wanita-wanita muslimah dirogol beramai-ramai oleh tentera yang tak beriman+ nakal + memusuhi muslimah di Bossnia. Tiada siapa yang dapat menghantar tentera. Hari ni kita tidak punya khalifah, hak-hak asasi kemanusiaan dan kebebasan beragama yang dilaungkan di seluruh dunia dicabul apabila muslimah diharamkan menutup aurat mereka dengan menggunakan hijab. Tapi tak apa, dorang boleh pakai baldi nak tutup kepala. Begitu umat islam dipijak di bawah kaki! tapi tidak ada khalifah yang membela nasib kita. Tak perlu rasanya aku sebutkan, Palestin, Syria, Somalia hatta Malaysia yang aman damai pun punyai masalah serupa. 

Sekarang setuju tak dunia ni penuh masalah.








nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment