- Sunday, September 30, 2012

every single lucky people


Ada teman. Beliau suka bercakap. Bukan cakap kosong, ber-isi juga cakapnya. Bagi aku, tak sia-sia air liur beliau ketika bercakap. Katanya : untunglah. Sepatah cuma. Tapi bila aku amati, memang aku ni beruntung. Alhamdulillah. Mungkin kau juga beruntung. Dan kita semua beruntung. Huh, susah nak detailkan siapa insan-insan beruntung. Yang pasti aku beruntung. 

Maka malam ini menjadi saksi, aku mengenenang kembali nikmat-nikmat yang telah Tuhan limpahkan ke atas batang tubuhku ini. Dari sebesar-besar dinosor ke sekecil-kecil zarah. Kalau ada yang lebih besar dari makhluk ini sila bagitahu aku. Boleh edit post ni. Tapi begitulah. Sejak puluhan tahun lampau, aku telah menghirup tiga ratus lima puluh mililiter udara pertama. Dengan izin Tuhan, itu sudah tentu. Aku muatkan udara itu kedalam paru-paru kerdil milikku ketika aku berumur mungkin seminit. Maha Besar Tuhanku, kerana tanpa kasihnya keatasku. Macam mustahil untuk aku habiskan tarikan nafaskuu yang pertama itu. Puluhan tahun lampau.

Malam ini mungkin muqaddimah musim sejuk. Yang telah lama aku nantikan ketibaannya. Langit berawan sejak petang. Mengandung air barangkali. Tapi udara di bumi agak hangat. Langsung tiada tanda-tanda awan akan menumpahkan air. Tapi ini mungkin muqaddimah musim sejuk. Yang padanya aku membuat kira-kira. Betapa beruntungnya aku. Memijak tanah perjuangan. Yang aku lihat indah. Pada sejarahnya, bukan mutakhir. Aku berdiri di sini, di atas tanah perjuangan. Dan insyAllah aku juga berjuang. Di bilik-bilik darjah. Di dewan-dewan kuliah. Yang tidk pernah menjadi idaman hati aku. Tapi Aturan Tuhan itu indah bukan. Dia kenalkan aku pada diriNya di tanah perjuangan ini. Cuma hati ini bimbang, apa mungkin aku akan menghargai Dia. Atau satu hari nanti akan aku tinggalkan Dia selepas Dia kenalkan diriNya padaku. Mudah-mudahan tidak. 

Memijak tanah perjuangan ini, membuatkan aku rasa beruntung. Aku ingin faham, sedalam-dalamnya, akan perjuangan ini tidak terhad di kelas-kelas darjah. Perjuangan ini penuh derita. Zahir dan Batin. Tapi aku tidak memulai perjuangan ini. Aku pewarisnya,penerusnya dan yang pasti aku bukan penutupnya. Akhirnya perjuangan ini akan menang. Tersebar ke seantero alam. Ke setiap inci buana yang di dalamnya adalah teritori milik Tuhan yang Esa.

Aku serius rasa beruntung. Ketika aku berfrequensi ini. Berfikir seperti ini. Orang lain mungkin tidak tercetus sel otaknya untuk menjana buah fikir ini. Aku mahu membawa seluruh manusia begini. Tapi hakikatnya variasi tetap wujud. Mahu atau tidak. Tapi bukankah kepelbagaian itu rahmat kata sang Nabi. Cuma barangkali pelbagai itu menjadi rahmat bergantung kepada bagaimana kita melayani nya. Fuhh, susah ayat ini. Untungnya batang tubuh aku ini. Dipilih Allah berfikir begini. Disaat aku melihat kembali di sekelompok tanah ku, adik-adik ku, orang-orang ku. Masih, masih berfikir untuk hidupnya yang esok. Bukan lusa, bukan tulat dan mustahil untuk bulan hadapan. Apa lagi untuk tahun depan. Berkali-kali aku berfikir untuk menulis ini. Dan tidak mustahil ini ditujukan untuk sebatang tubuh sahaja,

Mungkin, hanya mungkin ada orang berpendapat 'baik aku fikir untuk aku saja. Persetan dengan orang lain'. Dan aku mengaku ini frekuensi fikiran ku dulu. Yang aku yakin masih bersisa dalam otak ku. Aku tidak rasa ini salah. Tapi tidak juga ini benar.  Aku perlu kepada frequensi baru. Lantas diri berkelana, membawa roh di dalam jasad bersama. Membelah bumi meninggalkan yang tersayang di belakang. Meninggalkan kampung halaman tercinta, menuju dunia baru yang asing. Segala-galanya asing. Tapi di atas tanah ini, aku dianugerahinya frequensi baru. Berfikir untuk orang lain juga tugasku. Bukankan nabi pernah bersabda. Memberi pesan pada hambanya "bahawa sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara". Baginda juga bersabda "Jadilah kamu mukmin yang bersaudara". jadi salahkah aku berfikir untuk saudara-saudara ku ini. Yang sekurang-kurangnya mereka tidak pernah menyakitiku. Setiap kali aku berputus asa, sirah batang tubuh Muhammad Rasulullah SAW menjadi pengubat semangat. Tidak pernah tercetus pada minda baginda untuk meninggalkan saudara-saudaranya. Ummat-ummatnya. Oh, manusia jenis apakah yang boleh memaafkan ketika orang lain mencampak tahi diatas kepalanya. Sedangkan dia memberi bunga? Hebat Muhammad itu. Hebat. Hebat. Dan aku bangga beriman dengan kenabian baginda. Sedang baginda itu manusia biasa yang diangkat menjadi Rasul.

Malam ini mungkin permulaan musim sejuk. Aku lihat langit mendung. Menunggu masa untuk mengairi bumi. Menghidupkan bumi sesudah kekeringan. Umpama itulah Tuhan membangkitkan orang sesudah kematian. Maka apabila telah tiba masanya untuk air awan itu tumpah ke bumi, tumpahlah ia. Memberi khabar gembira buat penghuni bumi. Bahawa sejuk telah tiba, dan panas beransur pergi. Begitu islam datang memberi khabar gembira buat setiap ahli bumi yang mencar hidup di permukaannya. Tetapi sedikit yang berfikir. Mudah-mudahan aku berfikir. Dan kalian juga.

nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

2 comments:

  1. ada saja kekurangan kita ni Jebat. Pun demikin amat beruntung orang2 seperti Jebat, dapat menyatakan sesuatu yang bermakna. Berbuat baiklah kpda makhluk lain. Pada pacik nikmatilah hidup selagi Allah beri nyawa, rasailah nikmat kehidupan dgn rasa bersyukur atas anugerahNya pada apa jua bentuk. Sungguh Jebat adalah antara hambanya yang benar2 beruntung.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. ^_^.. dah jumpe.. wah3.. bestnyer.. ana nk follow la.. :)

    ReplyDelete