- Saturday, March 17, 2012

tittle. 1

ini tulisan aku. Ruang kecil yang aku gunakan untuk mengabadikan buah fikirku yang ku kira berkesan pada hati. Agar boleh aku baca semula. Pada masa-masa mendatang. Kalau umur Allah panjangkan dalam berkat, kerana berkat itu lah yang penting. 

Kadang-kadang aku rasa, aku perlu perakam suara. Mudah sedikit aku nukilkan fikir ku dalam bentuk kata-kata. Kerana buah akal ini adalah nikmat, yang Allah kurniakan. Untuk memberi beza antara aku dan makhluknya yang lain. Maha suci engkau wahai Tuhan. 

27 Januari 2012
Semalam aku tiba di bumi Andalus. Tanpa membawa hatiku. Entah di mana hati ini tertinggal. Tidak aku kesani ketiadaannya. Oh Hati. Aku berjalan sehari suntuk tanpa hati di La Linea dan Gibraltar. Teritori kecil milik United Kingdom di Spanyol. 

Matahari Hari ini membawaku membelah bumi Spanyol. Yang penuh derita. Tetapi tidak kenampakan. Terlindung di balik gelak ketawa warga muda mudinya. Oh Hati, kenapa ini tidak aku kesani? Bas aku naiki, menuju Seville. Kiri dan kananku terasa indah, bumi ini sedang mengalami fasa musim bunga rupanya. Sungguh indah. Sempurna kata aku. Sempurna dilukis sang pencipta yang sudah tentu Maha sempurna. Di tepi jalan, aku lihat bunga-bunga kecil yang kekuningan. Laut biru di tepi jalan menenangkan hati sang penatap. Langit mendung dan cuaca yang rudup menarik lembu-lembu dan kuda-kuda putih keluar dari kandang. Untuk meragut, mengisi perut.




Ini cerita aku di bumi andalus. Bercerita tentang Andalus, hati-hati sang pembaca seharusnya berada di dalam mode sedih, hiba dan yang sama waktu dengannya. Ya! bumi ini seharusnya dikenang dalam perasaan yang hiba. Ada kisah sedih di sini. kisah beribu tahun dahulu.

.     .     .     .     .

Andalusia adalah beberapa kawasan di dalam negara Spanyol hari ini. Peta politik hari ini mengiktiraf kerajaan Spain sebagai pemerintah Andalus.

.     .     .
1000M
Waktu Zohor. Kedengaran suara suci berkumandang mentaqdiskan tuhan yang Esa, lalu memanggil golongan beriman untuk mengerjakan solat. Tidak pernah terlintas di ruang akal penduduk Andalusia bahawa akan ada azan yang terakhir di bumi Andalus satu hari nanti. Setelah lebih kurang 400 tahun memerintah, kerajaan yang dibina atas dasar Keimanan dan kepercayaan kepada tuhan yang Esa itu, terlalu ampuh untuk tersungkur ke bumi. Yang dilihat hanyalah kehebatan dan keagungan kerajaan yang adil dan agama yang terpancar dari setiap pemimpin-pemimpin yang naik keatas singahsana yang indah.

Kedatangan Tariq Ibn Ziad, Musa bin Nusair dan bala tenteranya ke bumi bertuah sejak beratus tahun yang lampau telah membuka era baru buat bumi yang indah itu. Raja kerjaan lamanya yang zalim telah digulingkan, dan kerajaan yang mencintai keamanan dan keadilan telah tertegak di sana. Sejak hariu bersejarah itu, Spanyol telah berubah wajah. Daripada kemendungan wajah ibu-ibu yang risau anak daranya dibawa ke istana Rajanya yang zalim, kepada keadilan pemerintahan berasaskan kepercayaan yang utuh akan kewujudan tuhan yang maha Adil.

Kedatangan bala tentera yang hebat ini diceritakan amat dinanti-nantikan oleh penduduk di sana. Kisahh bermula apabila seorang ibu yang perihatin telah berjumpa dan memanggil keadilan ke bumi tersebut. Menurut ibu tua itu, beliau telah menghantar anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di sebuah institusi agung di sana. Keagungan institusi itu digambarkan dengaan kemegahan setiap ibubapa yang mempunyai anak yang belajar di sana. Tetapi anak ibu tua itu telah diperkosa oleh rajanya sendiri. Dan raja itu sememangnya terkenal dengan sifatnya yang zalim.

kredit

Seketika Kkeluarga itu bersedih. Anak yang menjadi penyebab bangganya keluarga itu dikhianati raja. Tetapi mendung hanya seketika. Keluarga itu terdengar khabar di seberang selat Gibraltar. Khabar pernuh warna itu menyatakan kewujudan sebuah kerajaan  yangh mencintai keamanan dan keadilan wujud di barat Afrika. (Marocco). Maka Tentera kerajaan itu telah dijemput dengan RELA untuk memerintah kawasan mereka.

Ini sedikit tentang Sejarah kedatangan Muslim di sana Beribu tahun lampau. Mungkin Ada cara lain, tetapi yang ingin ditekankan di sini ialah kerelaan penduduk Spain untuk meruntuhkan kerajaan mereka yang asal, dan menjemput sebuah kerajaan yang langsung berbeza dari mereka. Betapa islam itu dijulang tinggi. Pada zaman dahulu lagaknya. Sedih.

711M
Tariq ibn Ziad bersama bala tenteranya mendarat di Gibraltar setelah belayar melalui selat Gibraltar. Misi mereka hanya satu. Menyebarkan Agama Allah di muka bumi sehingga tiada lagi fitnah.

وَقَٰتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌۭ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ لِلَّهِ ۖ فَإِنِ ٱنتَهَوْا۟ فَلَا عُدْوَٰنَ إِلَّا عَلَى ٱلظَّٰلِمِينَ
surah Al-Baqarah 193: Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah, dan (sehingga) al-din (agama) menjadi hanya untuk Allah semata-mata, tetapi jika mereka berhenti, maka tiada lagi permusuhan, kecuali terhadap orang yang zalim.

maka, tertegaklah islam di eropah.


nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

bersambung

7 comments: