mood mau cerita.
Kisah anak muda bersama rambutan.
Pada suatu ketika dahulu, telah lahir seorang budak yang hebat. Mungkin hebat. Dia tak mati lagi, jadi tidak dapat dipastikan sama ada dia seorang yang hebat atau tidak. Di sebuah kampung yang permai dan subur. Menurut cerita, tanah yang subur di kampungnya adalah disebabkan oleh lahar gunung berapi yang pernah meletus di kampungnya. Namun hingga kini, budak hebat itu tidak pernah melihat letusan gunung gemuk itu kerna gunung telah disahkan pendam oleh saintis tempatan. eh.
Jadi kisah kehidupan bermula. setiap hari sama. Tapi budak itu tidak pernah bosan. Hairan. Jika difikirkan. Mencecah umur delapan tahun, dia telah menerima mandat untuk mengusahakan tanah di belakang villa Ayahnya. Sengaja tidak diakui villa itu adalah villanya, kerna dia sedar akan statusnya yang hanya menumpang di dalam bangunan yang dibina tanpa se sen pon duitnya. Nasib baik sahaja statusnya sebagai anak yang disayangi (ops) menjadikan bangunan itu sebagai dia yang punya. Boleh lah nanti bila budak itu berkata bersama teman-temannya "Jomlah ke rumah SAYA." . herm.
Okey, cerita asal. Maka bermula lah kehidupannya sebagai murid dan pengusaha tanah belakang Villa ayahnya. Sebab masa ini dia masih jahil akan perananya yang lebih besar daripada menjadi murid dan pengusaha tanah. Alhamdulillah hari ini dia telah sedar, insyAllah.
Di atas tanah tersebut, terdapat tiga pokok rambutan yang rendang. Di bawah pokok rambutan itu terdapat sebuah reban ayam dan ayam-ayam yang berjenis-jenis. Ayam sabung, ayam serama dan ayam-ayam semuanya ada di sana. Terdapat juga anak-anak angsa yang berwarna hijau kuning di sana. Seingat budak itu, apabila kelas agamanya(yang ketika itu dia tidak minat) habis pada pukul lima petang dia akan melawat angsa-angsa tersebut. Kerna menurutnya angsa itu comel? Bertambah pelik.
... |
terjemahan: Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.11. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.12. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?13. Ar-Rahman.
Dan Tuhan yang Maha Pemurah bertanya. nikmat manakah lagi yang kita dustakan. Tak cukup?
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Al israa : 31\
semoga saya (merujuk kepada diri sendiri - yang membaca) sentiasa bersyukur dengan kurnia Allah.
|
nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya
No comments:
Post a Comment