- Sunday, February 5, 2012

Aku Sayang Kamu


Selamat menyambut kelahiran baginda. Rasulullah saw. Penyebab hidayah Allah ke hati hati kita. Satu-satunya insan yang ingat akan diriku walaupun semasa saat kematiannya. Insan yang terang-terangan mengaku akan kerinduannya terhadap diriku. Insan yang memuji daku di hadapan sahabat-sahabatnya yang mulia. Dan yang terpenting sekali, dialah insan yang memuliakan aku dengan agama tauhid yang dibawa dan disebarkan olehnya.

...... sebaik sahaja mendapat berita bahawa Baginda Rasulullah saw wafat, Umar al-Khattab mengamuk dan mengungut sesiapa yang menyatakan Muhammad Rasulullah saw telah wafat telah wafat akan dicantas kepalanya. Umar ra berkata "Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya". Seantero Madinah al-Munawarah maklum bahawa sesungguhnya apabila umar berkata sesuatu, maka akan ditunaikan kata-kata beliau. Umar sahabat Rasulullah saw berasa sangat sukar untuk menerima kewafatan kekasih Allah swt telah hilang pertimbangan emosi buat seketika.

           Lalu naiklah sahabat Baginda Rasulullah saw Abu bakar ra ke atas mimbar dan berkata. "Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati". Lalu beliau menambah ayat alQuran tentang hakikat Muhammad Rasulullah saw juga seorang manusia.

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ (144)

 Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur. Surah Ali imraan 144

Umar pun kembali tersedar akan emosinya yang tidak stabil.....

demikian kisah kecintaan sahabat rasulullah kepadanya. kita bagaimana?



post late

nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment