- Wednesday, November 2, 2011
Kubah As-sakhra, Al-Quds, Palestin. Tanah wakaf orang-orang islam
          kubah ini terkenal. Entah kenapa, aku pun tak pasti kenapa kubah ini terkenal. Tapi memang dia sangat terkenal. Tanpa perlu menjadi artis semestinya. Gambar ini diberi oleh seorang rakan warga Palestin. Semalam dia kembali ke sana. katanya untuk menyambut Aidil adha. Ada gambar lain lagi, semuanya gambar di sekitar daerah Al-Quds yang diberkati Allah.

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1)

Tapi ini bukan Masjid al-Aqsa. Nama bangunan ini Kubah as-Sakhra dan dia termasuk dalam daerah yang Allah berkati. Tapi itu bukan poin yang ingin aku bisingkan. 

I cannot enter Masjid Al-Aqsa. Only a 40 year old man and above can get into the mosque.
Ini kata-kata seorang rakan yang belajar bersama aku di sini. The very first thing that pop out in my mind is 

"who are these peoples making such rules? Rules which limit the function of a mosque" 

Huh, terang-terangan umat ini ditindas di atas tanah sendiri. Itu kalau sekadar soal tanah. Begini bagaimana: terang terangan Allah ditidakkan di atas tanah orang Islam! 

Tapi apa gunanya kata-kata ini kalau tidak kita bertindak. Bukan? 

Tapi, itulah kau sibuk bubut grad A+++
aku juga sibuk bubut grad A++++++ *mahu lebih sikit.
.bubut=kejar.
Bukan salah, tapi ada masalah yang lagi besar berbanding grad!

Akhirnya, yang dihina terus terhina, dan yang mengejar grad terus berlari. Susah untuk kita fahami, apa yang berlaku. Terutama generasi hari ini. Generasi yang lahir-lahir sahaja di dunia, Khalifah islam telah dihantar Musuh ke muzium dan buku teks. Senang cakap, khalifah dah lenyap dari bumi!

khali
Islam yang agung di dalam buku sejarah, hari ini hilang taringya. Contoh? Tengok cermin.
 jom berubah
Peace
nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

"Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci." (surah as-saf:8)



4 comments:

  1. siok bha bubut grade, hahaha..
    Did u read my blog?? how i met a new friend from palestine??

    ReplyDelete
  2. kita doa dihindarkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. dan kita minta agar hati-hati kita semua disatukan. kalau umat Islam tidak bersatu, tindakan kita sangat mudah dipatahkan.

    ReplyDelete
  3. Bugibugz : mimang pun siok bubut grad..hehe, gue udah baca post kau yg itu..

    ReplyDelete
  4. Sayidahtul : yaa, mdh2an kita xdpt ilmu yg xbrmnfaat..klu dpt pun Biar jadi pngjrn la

    ReplyDelete