- Sunday, November 6, 2011

Ucap Selamat




aidilAdha tahun ini, moga dapat aku insafi, Islam tidak percuma aku nikmati, melainkan ada pejuang yang mati, yang berjuang demi menyemai islam di hati, aku rasa itu pengorbanan sejati.

   Namun hari ini aku amati, seolah-olah pengorbanan itu dipandang sepi. Darah merah syuhada yang pernah mengalir di bumi, seperti tiada erti.

Bukan pendidikan tidak diberi, entahlah aku juga tidak fahami, apa jenis fitnah yang kita hadapi. Tapi yang pasti, yang Allah sudah janji, yang hak akan menang juga nanti. Dan yang batil? Akan terhapus juga di bawah kaki.

Ini aku yakini.

selamat hari Raya aidilAdha. Semoga roh pengorbanan Ibrahim as dan Ismail as dapat kita hayati. Supaya menjadi teladan kepada kebangkitan yang pasti. Kerana sejarah itu, sumber inspirasi


nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

4 comments: