" Penerbangan Malaysia, MH2526 ke Kota Kinabalu sekarang siap untuk berlepas melalui pintu A7. Pintu A7. Terima kasih "
" Malaysia Airlines flight MH2526 to Kota Kinabalu is now ready for boarding through gate A7. Gate A7. Thank you "
Begitu pengunguman yang selalu telinga ini dengari tika terbang pulang ke kampung halaman. Menaiki penerbangan jarak jauh dari Amman, Jordan ke Kuala Lumpur, Malaysia cukup untuk menyebabkan seluruh kaki menjadi bengkak. Disambung pula penerbangan sambungan yang ketiga menuju kampung halaman nun di kepulauan eksotik Sabah, Borneo.
Bezanya kali ini, penerbangan ini adalah penerbangan sehala. One way. Tiada lagi penerbangan kembali ke Jordan. Begitu kehidupan ini ada pemula dan penghujungnya. Pernah ada orang menitip pesan kepada aku sebelum ini; Kita hanyalah pengembara. Sampai tiba satu tempoh di mana kita sebenarnya hidup di antara rumah-rumah sewa. Kembali ke kampung juga hanya kadang-kadang. Yang ajaibn katanya, kita juga tidak ingat bila turning point yang menjadikan kita pengembara. Satu ketika tidak lama dahulu, kita melangkah keluar dari rumah ibu bapa kita, dan hanya kembali kadang-kadang. Ketika itulah kita menjadi dewasa.
Sekarang, throwback ke momen-momen bergraduasi dari sekolah perubatan. Tak sempat menulis di blog ini ketika graduasi.
Ucapan terima kasih kepada JPA dan pembayar cukai kerana memberikan tajaan kewangan sepanjang pengajian. Dan akhirnya menjadi sebahagian rakyat pembayar cukai. Sehingga kini syukur tidak terhingga kepada Allah yang mencurahkan rezeki yang melimpah ruah. Mama yang sentiasa menyokong penuh! Walau kadang terasa seperti beliau tidak memahami situasi diri, tapi mama tidak pernah gagal menuturkan bait kata-kata sokongan yang padu menusuk sehingga terkena ke hati. Seolah-olah mama juga seorang penuntut perubatan!
Seterusnya tenaga pengajar, profesor, specialist dan pakar-pakar di alma mater. Subhanallah. Kehebatan dan keluasan pengetahuan mereka begitu luas. Hingga ketika menjalani latihan Housemanship sehingga kini, ilmu yang dititipkan mereka digunakan sepenuhnya untuk menjaga nyawa. Begitu digelar Hakim (Yang bijaksana) oleh murid mereka.
Rakan-rakan sebahtera, housemates yang sememangnya the best! Jiran-jiran, adik-adik arab nakal yang mengajar perkataan-perkataan marah dalam bahasa Arab. Semuanya! Terima Kasih kalian.

These brilliant women back in medschool |
Kawan-kawan sekumpulan ketika tahun klinikal |
nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya
Saya bagi lima stars utk post ini
ReplyDeleteCongratulations walaupun throwback heee
🎉🎉🎊🎊