- Sunday, August 21, 2011

refugees

Khemah Pelarian Palestin
Hari ini aku ada cerita hot punya. Dijamin puas hati. Sila lah baca.

Ceritera bermula sebaik tuhan mengejutkan seorang hamba dari mati yang sementara. Hamba itu aku namakan Aku. *sebut AQ. Aku dalam cerita ini bukan penulis entry. =.=

Aku bangun hari ini dalam keadaan kosong. Aku tidak punya rasa apa-apa. Hanya perkara yang sama seperti hari-hari kelmarin. Setelah usai bersahur dan solat Fajar, Aku mengambil masa untuk membaca al-quran dan bertadabur menggunakan hati. Maka Aku pun terjumpa satu kisah menarik di dalam kitab suci itu. 
Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (surah Muhammad : ayat 4).
Entah kenapa ayat ini mengingatkan Aku kepada nasib Saudaranya di Palestin. Yang dibunuh leleki-lelakinya, yang diperkosa kehormatan wanita-wanitanya, yang dipaksa anak-anaknya menjadi yatim dan yang paling besar sekali dihinakan Allah di bumi suci itu. Secara zahir semestinya. Kerana wujud sahaja makhluk yang menghina Khaliqnya secara sembunyi.





Lalu hidup Aku bersambung hari itu. Dengan takdir Allah, Aku telah sampai ke satu kawasan, (dalam gambar di atas) dimana penduduknya adalah pelarian Palestin. Di sana terdapat sebuah kedai yang menjual jubah yang cantik-cantik belaka. Maka masuklah aku ke dalam salah sebuah kedai. Sambil memilih jubah dia berbual-bual dengan pak cik penjaga kedai, namanya Ahmad.

"Pak cik asal mana?," soal Aku. walaupun dia sudah tahu.

"Pak cik asal Palestin nak," dengan nada Palestin itu direndahkan. 

Ada nada malu-segan-sedih-marah-terhina-atau apa sahaja, yang Aku dapat tafsirkan sebagai....huh, sebagai sedih barangkali. atau terhina. Mungkin juga rindu dengan kesucian Al-Aqsa. entahlah. tidak dapat dipastikan. Tetapi, yang pasti Pak Cik itu bercakap dalam bahasa Arab Fushah. malu Aku dibuatnya. Betapa Pakcik Ahmad masih menjaga pertuturannya menggunakan bahasa al-Quran yang tulen.

Lalu, adegan beli membeli terus berlangsung. Kemudian Aku masuk ke bilik untuk mencuba jubah yang ingin dibelinya. maka pada kala itu dia terdengar perbualan Pak cik Ahmad bersama anak lelakinya. Yang rasanya lebih muda daripada Aku. Susuk tubuhnya tegap dan mantap, sifatnya juga sopan. Oh, malunya Aku dengan pelarian dari Palestin.

"Mereka tumpahkan darah kita di atas bumi berdaulat palestin! kenapa tidak kita kembali ke sana. tanah itu hak kita!," barangkali inilah maksud perkataan anak lelaki pak cik Ahmad. Aku yang mendengar pun bukanya pandai bahasa arab sangat. Bertutur pun sangkut-sangkut.

Khali. tiada jawapan dari Pak Cik Ahmad. Entah apa difikirnya.

Kala itu Aku melangkah keluar dari bilik persalinan. Jubah tidak dibeli. tetapi semangat diperoleh. Bebaslah Palestin dari cengkaman Zionis. Palestin tanah wakaf orang islam yang diisytiharkan umar selepas pembukan kota itu daripada Rom seribu tahun lepas. Tanah itu milik kita, dan kitalah yang menjaganya. 

Terima kasih Pak Cik Ahmad dan anaknya kerana menyuntik semangat ini.

dan untukmu Palestin, Sabarlah. Kami bersamamu.





nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment