- Monday, August 15, 2011

kau mampu (tanda soal)


                woi kawan! ini bukan kerja main-main tau. Aku nak nyawa kau. Aku nak hidup kau. Aku nak segala-galanya yang kau boleh serahkan untuk misi ini!
               Apa jenis misi nih sampai kau nak nyawa, hidup and segalanya dari aku? kau gila. Habis tu kau ingat mana aku nak letak anak bini aku, rumah banglo aku, dan kesenangan aku. kau ingat senang-senang aku nak bagi kau benda-benda nih? Susah kau tahu. Aku hidup tiga dekad untuk dapat harta banyak nih. Dapat bini cantik macam nih. Lepas tuh kau datang, kau minta semuanya. Gila, kau memang gila.
               aku dah kata, ini misi besar. kalau kau tak mahu tak ada masalah. Misi ini tidak memerlukan kau, malah kau lah yang memerlukan misi ini.

(siaran terputus :))
"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan (fakir) Allah, dan Dia Yang Kaya, Yang Terpuji." (35:15)
lihat ini ayat dari langit. 
turun dari langit bersama kasih sayang Penciptanya
menangislah mata kalau hati dapat merasai kasih sayang itu
manakan tidak Dia mengingatkan kau
yang sesungguhnya kaulah yang miskin dan Dialah yang kaya
Dia tak rugi sedikit pun dengan kemalasan dan kebencian kau memperjuangkan agamaNya
mari kita renung sejarah. For those who tend to forget history will doom to repeat it
kisah peperangan tabuk
 
             Telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. berita bahawa tentera Rom sedang berkumpul hendak datang menyerang. Tanpa membuang masa Nabi Muhammad s.a.w. telah mengerahkan kaum Muslimin untuk menyiapkan segala alat kelengkapan berperang. Kebetulan pada masa itu orang sedang menghadapi musim kemarau yang dahsyat. Oleh kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu besar dan kemungkinan mengalami berjenis-jenis kesukaran itu banyak. Orang-orang mewah dan agak berada serta senang hidupnya, Nabi Muhammad s.a.w.. galakkan menghulurkan pertolongan membekalkan mereka yang susah
             Pada masa itu Abu Bakat r.a. telah mendermakan segala hartanya. Apabila ditanya apa yang tinggal kepada keluarganya, ia menjawab : "Aku tinggalkan Allah s.w.t. dan RasulNya kepada mereka."
        Umar r.a. telah mendermakan separuh dari harta kekayaannya sedangkan Usman r.a. telah membekalkan alat kelengkapan perperangan untuk sepertiga daripada semua tentera Muslimin. Tiap-tiap sepuluh orang askar dibekalkan dengan seekor unta sahaja disebabkan kekurangan binatang ini.
              Tentera-tentera Muslimin terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas terik membakar ketempat yang ditujui. Kebetulan pada masa itu kebun-kebun mereka penuh dengan buah-buah tamar yang telah masak. Ini merupakan ujian Allah s.w.t. terhadap mereka. Tiba-tiba mereka diseru untuk menghadapi musuh yang paling gagah sebagai menguji keimanan mereka. Natijah keimanan mereka yang teguh inilah maka mereka tidak ingin ditinggalkan di Madinah kecuali kaum wanita, kanak-kanak, orang-orang munafik dan mereka yang tidak ada kenderaan. Ada diantara mereka yang menangis-nangis kerana tidak dapat menyertai Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Muslimin yang lain.
  
Kau Mampu ?
membelakangi semua kepentingan kau, untuk kepentingan Allah. Jadi seperti Abu Bakar yang tertinggal untuknya cuma Allah dan Rasulnya. Jadi macam Umar al-Khattab yang menderma separuh hartanya. Atau mungkin jadi orang yang menangis sebab tidak mampu ikut berperang.
Entah
aku rasa aku tak mampu. Aku ada penyakit.
hurh
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

 inilah kita hari ini. Dihinakan dan kadang kala menghina diri sendiri


nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment