- Wednesday, August 3, 2016

Sangka-putra


maka apa lagi benda yang paling best untuk kau buat kalau bukan benda yang kau suka kan. Eh, faham tak? atau panjang sangat. Kompleks. *benda yang paling best adalah benda yang paling kau suka* . dah simple. Kalau tak faham gak, buat-buat faham la ye~

ini kisah pengorbanan seorang manusia yang amat aku kenali dirinya. Seorang lelaki. Yang hensem. Ada muka. Bergaya. Tapi tak kaya. haha, . Ini kisah beliau tau. bukan kisah sang penulis entry.

kisah bermula tahunan lampau, tatkala seekor serigala yang sangat buas cuba membaham sang pemuda bernama Sangkaputra. Adapun Sangkaputra tidak ada ilmu tentang seni mempertahankan diri daripada serigala. yang dia tahu hanyalah cara-cara menulis menggunakan arang di atas batu. Maknanya dia tak buta huruf la. Sangkaputra pada ketika itu sedang mencari kayu api di hutan untuk dijadikan arang. Agar satu hari nanti, arang yang terhasil dapat membantunya menulis di atas bongkah-bongkah batu yang putih. 

Untuk memastikan misinya tercapai, Sangkaputra hanya akan mencari kayu api yang berkualiti tinggi untuk dijadikan arang. Dia berharap, dengan arang yang berkualiti tinggi, dapatlah dia menulis sesuatu yang berfaedah, dan tulisan itu tidak akan tanggal sampai bila-bila. Kecuali apabila tuhanya berkata Hilang, maka hilanglah. Pada suatu hari yang sangat tenang, setelah fajar menunjukan senyumnya kepada dunia di ufuk timur, kedengaran derapan tapak kaki kuda hitam yang sangat garang wajahnya. Rentak derapan kaki kuda itu seolah-olah memberi isyarat kepada manusia-manusia yang mendengarnya untuk memberi ruang jalan buat Kuda-Kuda garang tersebut. 

Sejenak kemudian, tibalah kuda-kuda tersebut di pusat pekan (baca town centre). Tahulah seantero rakyat bahawa kuda-kuda garang hitam itu adalah utusan dari Raja yang memerintah kawasan jajahan Duniawi Fanawani. Menurut utusan-utusan yang datang, Raja Pemerintah Duniawi Fanawani mahu para rakyat jelata untuk membayar cukai perlindungan kepada Istana. Rakyat terkejut! dan ramai yang memberontak. Kesempitan hidup rakyat jelata di kawasan jajahan Duniawi Fanawi memaksa mereka untuk makan hanya sekali sehari, utusan Raja pula meminta wang dari kocek duit mereka yang sudah tentu kering. Mereka tidak punya apa-apa untuk memenuhi Titah perintah Sang Raja pemerintah kawasan jajahan Duniawi Fanawi. 

Di tengah kekalutan itu, Sangkaputra dalam diam menyusun strategi untuk melarikan diri daripada tanah itu. Dia perlu meninggalkan kampung halamannya untuk menyelamatkan dirinya. Dalam diam dia menyimpan azam untuk mencari kayu-kayu yang berkualiti tinggi untuk dijadikan arang, supaya dia dapat menulis untuk Rakyat Jelata di tanah jajahan Duniawi Fanawi. Harapannya hanya satu : agar tulisan-tulisan nya nanti dapat menyelamatkan keseluruhan penduduk Duniawi Fanawi dari kezaliman Sang Raja Pemerintah yang menekan dan mencengkam rakyatnya yang sudah sedia tercengkam.

Maka, setelah malam melabuhkan tirainya di ufuk barat. Mega mentari lenyap daripada langit merah di petang hari, Sangkaputra memulakan perjalanannya menuju sebuah kawasan yang di atas tanahnya terdapat sebidang hutan yang sangat luas. Hutan yang menyimpan pelbagai jenis kayu yang bermutu tinggi (baca berkualiti) untuk dijadikan arang buat menulis di atas batu kelak. Hutan itu diberi nama : HutanMania. 

Maka siang berganti malam, sepekan berjalan belum juga ketemu dengan tempat yang dituju. Sang Sangkaputra terus meneruskan langkahnya yang kecil-kecil untuk menuju destinasi tertinggi nya. Sesudah sepurnama berjalan di atas capal lusuh kesayangannya, menyelam ke dasar lautann yang tidak berdasar, terbang menongkah anginan angkasa, dan menebas semua onak duri serta cabaran, akhirnya Sangkaputra tiba ke tempat yang ingin ditujunya. Seluas mata memandang. Saujana hijau menghiasi kelopak mata. Pemandangan seolah-olah berada di syurga yang hakiki. Sungguh indah dan permai. Sukar digambarkan keadaan HutanMania yang sumpah maha cantik itu.

Dia tahu tugasnya sangat jauh dari penyelesaian. Ini baru permulaan. dia tidak harus lengah!

tanpa melengahkan barang sesaat pun, Sangkaputra mula memasuki hutan itu. Menjadi kepelikan bagi dirinya kerana hutan itu dikunci dengan kunci yang sangat besar (macam ala-ala alice in the wonderland tak?). Pintu gerbang yang sangat tinggi, mencapai awanan putih beterbangan. Sangkaputra cuba menolak pintu itu sekuat hatinya, sehabis tenaganya. Akan tetapi ternyata kudratnya seorang tidak mampu membuka pintu itu. Maka dia pun tertunduk malu. sedih dan hiba. Hampir menyentuh lantai bumi lagaknya tundukan kepala Sangkaputra. Titis-titis manik suci mula mengairi kelopak matanya. Dia yakin tidak seberapa lama lagi, kolam itu bakal pecah dan membasahi pipinya. Pipi jantan miliknya...

Sangkaputra sudah hilang akal. Kala itu dia mendongak ke langit. Terlihat olehnya keluasan langit ciptaan yang maha Kuasa. Bukan pentadbir Kerajaan Duniawi Fanawi, tapi pemilik seluruh Buana. Hatinya mendetikan bibit-bibit penyesalan.

"Kenapalah aku tinggalkan tanah Jajahan Duniawi Fanawi?" katanya. "kalaulah aku kekal didalamnya, tentulah aku sangat mudah". Seolah-olah, dia sudah lupa akan kepincangan yang melanda bumi tanah tumpah darahnya itu. Darah mudanya tidak mengajar batang tubuhnya untuk bersabar menghadapi mehnah yang sedikit cuma. Cubaan-cubaan di sepanjang jalannya mencari kayu api berkualiti untuk dijadikan arang buat menulis.

Ikhlasnya mula teruji! Dia mula lupa dengan niat asalnya untuk membawa sinar bahagia kepada tanah jajahan Duniawi Fanawi dengan arang pencariannya di HutanMania itu. Sebuah pagar sudah cukup untuk meruntuhkan tekadnya yang selama ini tinggi mencapai langit ke tujuh. Fuh. Sangat tinggi. Saat ini, dia benar-benar membutuhkan sentuhan semangat!

Lalu, Sangkaputra bangkit dari tundukknya. Dia harus mencari jalan. Untuk meruntuhkan pagar yang menelilingi HutanMania itu! Seharusnya dia tahu, sumber kekuatan positif yang boleh diteguknya saat hilang semangat perjuangan. Bila-bila masa, di mana-mana jua. TIADA MASA TUK BERPANGKU TANGAN.

Lalu dia menghampiri Tuhan pencipta Pagar, pencipta HutanMania, Pencipta sang raja tanah Jajahan Duniawi Fanawi, pencipta, Kayu api dan arang. Memohon dengan sebenar-benar permohonan. Agar dirinya dikurnia semangat. Meruntuhkan Pagar Besar, yang semestinya hanya boleh diruntuhkan oleh penciptanya. Sangkaputra menangis membasahkan pipi jantan pinjaman dari tuhanya agar diberi kekuatan memasuki HutanMania untuk mendapatkan arang dari kayu yang berkualiti. Disepertiga malam, Sangkaputra menadah tangannya ke langit memohon dari tuhannya agar diberi kekuatan jiwa, raga dan segala kelengkapan yang diperlukan untuk menghadapi sang Raja, penguasa tanah jajahan Duniawi Fanawi.

Agar satu hari nanti akan lenyaplah kebatilan di atas tanah air kecintaanya. Dan akan tertegaklah kerajaan yang memperjuangkan semboyan keadilan dan kesejahteraan buat rakyat jelata yang bernaung~

kerana baginya itulah kekuatan sebenar.


nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment