- Tuesday, July 12, 2011

pengemis itu bersedekah




hah, kau sudah mula bermadah. kadang-kadang aku tak faham tulisanmu, kau tahu? begitu komentar dari sahabat yang selama ini mengikuti penulisanku yang bukan untuk tujuan komersial. Hanya bersuka-suka. Mengisi masa lapang.

Tapi kali ini, semacam ada sesuatu yang memacu pergerakan jemari ku untuk menulis. semacam semangat. Ya, semangat yang tiba-tiba muncul dari hujung kota. Dan aku tahu, sudah berkurun tempat ini tidak diisi dengan perkara yang menjadi haknya untuk diisi. Ada faham?

Mahu dijadikan lara, tersebutlah kisah seorang pakcik. Kerjanya duduk di hadapan masjid dengan kotak-kotak berisi gula-gula getah. Semua orang maklum, personaliti seperti ini adalah orang fakir yang tidak mahu merendahkan martabat manusia dengan meminta-minta. Jadi, dia menjual gula-gula. Pak Cik ini tidak bernama, atau dengan kata lain, tidak diketahui. Tapi aku mau pakcik ini punya panggilan hormat. : Ahmad, terpuji. Aku malu dengan pakcik Ahmad. Hari-hari duduk depan masjid, jual gula-gula. sejak musim luruh dulu sampai musim panas hari ini. Tabah, walaupun hakikatnya duduk di sana dengan pakaian macam itu.... macam .. err, macam..entahla. Terlalu kesian, barangkali.

Tapi, hari ini aku kesan sesuatu. sesuatu yang setelah musim Luruh-->sejuk bersalji-->panas berapi. Setelah musim-musim ini berlalu baru aku kesani dia. Pakcik Ahmad selalu senyum! orang yang lalu di hadapan beliau akan dapat melihat senyuman itu. aku tidak pasti senyum itu betul atau dibuat-buat. Yang pasti, pakcik Ahmad senyum. Haish, kau ini. Apa yang hebatnya pasal senyum-senyum?

err, kau tahu pakcik Ahmad ni pengemis! tapi berselindung di sebalik caranya menjual gula-gula getah. Pengemis? tapi dia bersedekah hari-hari! ya, dengan bersenyum. Atau tersenyum.

Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)  

pengemis ini bersedekah. itu yang aku kesani. 
(post ini tidak bergambar, ada kesempatan nanti-gambar pakcik Ahmad akan di muat naik)
nukilan JebatBukanPenderhaka dengan izin Tuhannya

No comments:

Post a Comment