- Tuesday, November 9, 2010

seorang yang muda


pagi tadi kau dengar perkataan muda
bila mendengar perkataan muda
apa yang kau bayangkan?
apa?

seorang wanita lawa..
berjalan dengan blazer hitam
anggun..
sangat anggun
tubuhnya langsing 
dan dia juga bijak.....
berumur lebih kurang 21 hingga 30 tahun
atau 30 tahun itu sudah sangat TUA 
untuk sebahagian dari kita
terpulang pada kau....untuk menentukan 
yang muda itu apa terjemahannya

then,
mungkin kau juga akan memikirkan
seorang jejaka kacak!
bertubuh sasa
memakai jeans denim
dan baju tidak berkolar berwarna hitam..
cukup cukup muat bajunya
sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon
penuh bergaya

pendek kata
muda = orang yang cukup pakej
terpulang kepada kau untuk mentafsir apa itu cukup pakej
paling penting muda zaman ini kau tafsirkan
berumur 19-30 kot

tapi 
kau mesti tahu perkara ini
yang islam(keselamatan) tersebar menggunakan kekuatan orang muda
kehebatan orang muda
contoh..
Ali bin abi Talib
masuh muda benar
dalam 7-10 tahun
menyatakan kesediaan beliau bersama Rasul
dan menentang kelibat yang menentang Rasul
ini baru muda

Asma bint Abu Abu Bakar
seorang gadis sunti
yang bertugas menghantar bekal
buat nabi ketika hijrah...
dari Mekah ke gua persembunyian Rasul
bukan dekat

 jarak Ranau ke Kundasang
malam
jalan berbatu 
sejuk padang pasir yang sampai ke tulang hitam
tapi dia lakukan
ya..dia lakukan....
ini satu fakta..Asma melakukannya ketika dia masih SUNTI!!
umurnya ketika itu?? jangan tanya
nanti terkejut..12- 15 tahun..
atau lebih muda...

lihat muda hari ini
dan muda zaman nabi...
kau di mana?
bila dengar cerita ini
kau berfikir
kau buat apa tyme umur2 kau muda seperti itu
lantas kau malu
macam menyesal..
sebab kau masa muda dulu buat apa?
sia-sia umur dihabiskan
bila semakin dekat mati
diraikan
dengan nyanyian
hepi bufday to you......

hebat orang muda dulu...
umur pada nombor semakin menaik
tapi hakikatnya umur kau berkurang
dan kehidupan abadi itu
hanya ada satu sahaja
kau tahu di mana kehidupan abadi itu
harus kau sedar juga

yang ada di sisi kau sekarang ini hanya sementara
duit,
laptop...kamera, 
boyfriend..girlfriend
semua sementara

kan??
nah yang muda
ada fikir?
apa rancangan kau??
hidup macam biasa dan mati
atau
hidup luar biasa dengan islam dan kekal hidup abadi
di akhirat
pilihan di tangan kau

No comments:

Post a Comment