- Friday, October 22, 2010

tanah origin ilmu


tanah origin ilmu..
tempat lahir semua ilmuan ilmuan
yang akhirnya dituduh hanya sebagai jambatan
jambatan
penghubung ilmu tamadun yunani dan parsi
yang tika itu masih punya banyak kesalahan teori..

kau tahu itu
aku pun tahu pasal perkara itu
yang inilah tanah origin ilmu.
yang diatasnya lahir manusia terhebat sepanjang zaman
mengkaji ilmu
atas dasar
ubudiah kepada Khaliknya(pencipta)

tapi kan, sejauh mana kita
kau dan aku
atau sebetulnya aku dan kau
mengambil ibrah(pengajaran) daripadanya
daripada tanah ini
yang satu ketika dahulu mengalahkan kuasa veto zamannya
parsi dan rom
bukan mudah..
tetapi mereka lakukannya

tanah origin ilmu
juga menjadi rujukan eropah ketika zaman gelapnya
yang akhirnya belot pada gurunya
dengan mencuri segalanya
kalau boleh..
mereka ini juga mahu mencuri baju
baju, yang dipakai gurunya
biar sampai telanjang
sampai umat zaman akhir tidak sedar akan yang telanjang itulah guru
kepada yang belot berpakaian itu

kasihan.
kan?
hanya tinta tempat mengadu
bumi yang pernah gemilang
atas dasar laa ilah ha illa ALLAH
akhirnya dibiar lesu
bersama umatnya

tempat lahir ilmuan
tanah origin ilmu

No comments:

Post a Comment